Kisah Pertama.
Qurrah ibn Iyas ra. Meriwayatkan, “Daku datang bersama kaum Muzainah untuk bai’ah Rasulullah saw. Kerana butang gamis beliau terbuka aku memasukkan tanganku melalui leher gamisnya untuk menyentuh Cap Khatam Nubuwwahnya(agar mendapat barakah)”(Sunan Abu Daud, Sunan Ibn Majah)
Ulasan yang dipetik dari kitab khasail Nabawi:
“sewaktu mengunjungi Rasulullah saw., Qurrah terlihat butang gamis Baginda sedang terbuka. Urwah ra., salah seorang perawinya berkata: “Daku tidak pernah melihat Mu’awiyah (ibn Qurrah) serta anaknya mengancing butang leher baju mereka samada di musim sejuk ataupun musim panas.” Adalah naluri manusia meniru setiap amalan orang yang dicintai. Perasaan cinta mereka kepada Rasulullah saw. Telah member i kita gambaran setiap perlakuan dan amalan Baginda saw.”
Kisah Kedua.
Anas bin Malik ra. Berkata, “Sekali seorang tukang jahit mengundang Nabi saw. Aku juga turut bersama Baginda. Beliau dijamu roti dari barli dan kuah dengan daging dan labu. Aku lihat Baginda mengambil labu dalam qas’ah(pinggan besar) dan sejak itu aku juga gemar makan labu.”(Sunan Tirmidhi, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Nasai)
Ulasan yang dipetik dari kitab Khasail Nabawi:
“Sejak itu beliau gemar makan labu menunjukkan cinta Para Sahabat kepada Rasulullah saw. Cinta sejati menuntut setiap amalan dan perkataan orang yang dicintai itu bersemi di dalam hati. Darjat cinta menentukan kasih saying terhadap yang dicintai. Alangkah Maha Agungnya Allah swt! Hari ini orang yang mengaku mencintai Rasulullah saw. Tidak pula ingin diri mereka menyerupai Baginda mahu pun bercita-cita meniru cara hidup beliau.”
Perhatikan perbezaan hala, ianya dari arah mana menuju ke mana
Rujukan :
1. Terjemahan Khasail Nabawi Syarah Shamail Muhammadiyah – kumpulan Hadis oleh al Hafiz Imam Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sawra At-Tirmidhi(Imam Tirmidhi), disyarahkan oleh Kutbul Aktab Shaikul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi.
kepada mereka yang suka mempertikai sunnah tanya diri masing-masing apa yang kamu nak tanya...hehehe...