Satu ketika Baginda Rasulullah saw. Telah memasuki tempat Hadrat Bilal ra. Pada Masa itu di hadapan Bilal ada satu timbunan tamar. Baginda Rasulullah saw. Bertanya. “Bilal, apakah kesemua ini?” Bilal ra. Menjawab, “Ya Rasulullah, saya menyimpan ini untuk keperluan esok.” Baginda saw. Bersabda, “Bilal, tidakkah engkau takut melihat asapnya api neraka pada hari hisab kerana ini? Bilal, belanjalah! Dan janganlah takut kekurangan di sisi Pemilik ‘arasy”(HR Baihaqi di dalam Syu’ab, begitulah di dalam misykat)
Keterangan :
Setiap seorang mempunyai suatu kedudukan dan keadaan yang berasingan. Untuk orang-orang lemah dari segi iman dan lemah dari segi keyakinan seperti kita, ada kesempatan menurut syariah supaya untuk keperluan pada masa depan kita menyimpan sedikit simpanan. Tetapi iman yang sempurna dan keyakinan yang tulen seperti yang ada pada Hadrat Bilal ra. Tidak boleh ianya merasa takut atau bimbang kekurangan dari Allah swt. Sedikit pun.(Fadhilat Sedekah)
*kita kenalah belajar2 untuk usahakan iman kita seperti sahabat, walaupun tak sama tetapi kita ada usaha, sebenarnya kita sangat jauh dari kehidupan islam dalam diri kita. Sebahagian ulama mengatakan bahawa kita tak layak nak buat pengorbanan sebagaimana Abu Bakar ra. korbankan keseluruhan hartanya untuk agama kerana ia akan melemahkan diri kita yang sedia lemah, tetapi ini tidaklah bermakna kita tinggal pengorbanan, tetapi kita kenalah belajar2 untuk korbankan harta diri kita di jalan Allah...mungkin boleh belajar dengan sedekah gula2 untuk permulaan untuk mencari redha Allah...