KEJAYAAN MANUSIA DALAM AGAMA TAAT PERINTAH ALLAH S.W.T, IKUT CARA NABI MUHAMMAD S.A.W........(‘Aye Musalmano! Musalman bano’)
Tuesday, October 16, 2012
Monday, October 15, 2012
Tidak Bermazhab Bidaah Terbahaya- Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti
Oleh Asy-Syeikh Dr. Said Ramadhan al-Buti.
Tajuk asalya Al La mazhabiyyah Akhtarul Bid’atin Tuhaddidu Syari’atil Islam
@ ialah Dr. Said Ramadhan
# ialah seorang lelaki yang menolak fahaman bermazhab
(*dalam kurungan dan senget) ialah keterangan untuk pemahaman saya membaca.
DIALOG
@ Bagaimana cara anda memahami hukum Allah? Apakah andamengambil terus daripada Al-Kitab dan as Sunnah ataumengambilnya daripada para Imam mujtahid?
# Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid serta dalil-dalilnya , kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Al-kitab dan as Sunnah”.
(*Inilah cara lelaki ini mengeluarkan hukum. Pembaca tolong ingat hal ini)
@ Baiklah , kami ingin bertanya. Apakah SETIAP orang Islam wajib meneliti dalil-dalil yang dikemukakan oleh para Imam mujtahidkemudian mengambil mana yang paling sesuai dengan al Quran dan as Sunnah?
# Ya , benar (*semua orang wajib teliti dalil-dalil para Imam Mujtahid kemudian pilih mana yang tersesuai dengan al Quran dan Sunnah)
@ Kalau begitu maksudnya semua orang Islam kena memiliki kemampuan berijtihad seperti yang dimiliki para imam mazhab. Bahkan mereka harus mempunya memiliki kemampuan yang lebih sempurna kerana orang-orang yang mampu memutuskan pendapat para imam menurut dasar Al Kitab dan as Sunnah
sudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu”.
# Sesungguhnya manusia terbahagi kepada tiga jenis iaitu mujtahid, muqallid dan muttabi;. Orang yang mampu membandingkan mazhab , kemudian menyaring mana yang lebih dekat kepada Al Kitab dan As Sunnah , adalah muttabi’ iaitu pertengahan antara muqallid dengan mujtahid”.
(* Di sini si lelaki tidak menjawab soalan. Pembaca diharap dapat faham permainannya. Di sini fahamlah kita bahawa jawatan dan peranan muttabi’ nampaknya seolah-olah lebih tinggi daripada mujtahid kerana mujtahid sendiri tidak membanding-bandingkan mazhab, menyaring pendapat-pendapat imam mazhab lalu memutuskan pendapat para imam mazhab tersebut. Inilah yang dimaksudkan oleh Syeikh sebagai “sudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu.” )
@ Apakah sebenarnya kewajiban muqallid?
(* Syeikh faham kelonggaran hujah si lelaki lalu Syeikh mengikut saja peralihan yang dibuat oleh si lelaki)
# Taqlid (* mengikut) kepada mujtahid yang sesuai dengannya.
@ Apakah berdosa seandainya taqlid secara terus-menerus kepada seorang imam dan tidak berpindah kepada imam yang lain?
# Memang, hal itu hukumnya HARAM.
(* Bertaqlid terus kepada seorang imam seperti umat Melayu Nusantara yang sudah ratusan tahun bertaqlid kepada Imam Syafie dihukum haram oleh si lelaki. Rupa-rupanya sudah ratusan tahun umat Islam Melayu termasuklah para wali Allah, para ulama dan datuk nenek kita membuat pekerjaan haram. Anda bersetuju?...........)
@ Apakah dalilnya kalau hal itu memang haram?
# Kerana ia menetapi sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah.
@ Dengan qiraat apakah Anda membaca Al Quran?”.
# Dengan Qiraat Hafas.
@ Adakah anda selalu membaca Al Quran dengan Qiraat hafas, atau anda juga membaca Al Quran setiap hari dengan qiraat yang bermacam-macam?
# Tidak, saya selalu membaca Al Quran dengan qiraat Hafas.
@ Mengapa anda menetapi qiraat hafas, padahal Allah Azza wajalla tidak mewajibkan anda kecuali membaca Al Quran menurut riwayat yang diterima dari Nabi s.a.w. secara mutawatir?
(* Si lelaki telah terperangkap! Dia mengatakan haram kepada umat Islam yang berterusan mengikut satu-satu mazhab, tetapi harus pula bagi dirinya berterusan membaca ikut satu-satu qiraat. Nampak jelas hukum-hakamnya mengikut suka hati. Di bawah nanti akan lebih jelas bagimana dengan suka hati saja dia meletakkan/ mengeluarkan hukum dalam hal ehwal Islam)
# Kerana saya TIDAK SEMPURNA dalam mempelajari qiraat yang lain dan TIDAK MUDAH bagi saya untuk membaca Al Quran selain dengan qiraat Hafas.
@ Begitu jugalah halnya bagi orang yang mempelajari fiqh menurut mazhab As syafie . Dia tidak cukup sempurna dalam mempelajari mazhab lain dan tidak mudah baginya untuk mempelajari hukum agama selain menurut Imam as Syafie. Kalau anda mewajibkan kepadanya untuk mengetahui ijtihad para imam dan mengambil semuanya, ini bererti anda pun WAJIBM MEMPELAJARI SEMUA QIRAAT dan anda harus membaca semuanya. Kalau anda beralasan tidak mampu, begitu juga halnya dengan si muqallid tadi.
(* Syeikh faham yang si lelaki tak akan sampai ke mana dengan hujah-hujah yang longgar begitu, lalu Syeikh kemukakan soalan lain. Syeikh al-Buti sudah menang/ benar 1-0)
@ Ringkasnya, kami ingin bertanya kepada anda, apakah alasan yang mewajibkan muqallid harus berpindah-pindah dari mazhab satu ke mazhab lain, padalah Allah Azzawa Jalla tidak mewajibkan seseorang untuk berpegang terus pada suatu mazhab tertentu , juga tidak mewajibkan seseorang berpindah-pindah terus dari satu mazhab ke mazhab lain?
# Sesungguhnya yang haram ialah kalau seseorang mempunyai iktikad ( keyakinan) bahawa Allah memerintahkannya untuk terus-menerus menetapi mazhab tertentu.
@ Ini masalah lain dan apa yang anda katakan itu ada benarnya juga, tidak ada perbezaan pendapat. Tetapi masalah sekarang ialahbagaimana kalau terus-menerus menetapi imam tertentu dan DIA TAHU bahawa Allah Azza wa Jalla TIDAK MEWAJIBKANNYA begitu. Apakah dia telah berdusta?
# Tidak jika begitu.
(* Jelas- umat Islam contohnya di Nusantara yang bermazhab Syafie tidak melakukan perkara haram kerana mereka terus berpegang dengan Mazhab Syafie tetapi tidak pula mereka beranggapan Allah mewajibkan begitu)
@ Tapi , buku Syeikh Khajandi yang anda pelajari menyebutkan hal yang berbeza dengan apa yang anda ucapkan . Ia secara tegasmengharamkan hal tersebut , bahkan pada bahagian tertentu dalam buku itu menyatakan kafir kepada orang yang menetapi secara berterusan seorang imam tertentu dan tidak mahu berpindah kepada yang lain.
# Di mana ……?
@ “ bahkan siapa yang menetapi seorang imam tertentu dalam setiap masalah , bererti ia fanatik yang salah dan taqlid buta, serta termasuk golongan yang memecah-belahkan agama, serta mereka pun berkelompok-kelompok”.
# Yang dimaksudkan dengan menetapi di sini ialah meyakinkan wajibnya hal tersebut menurut syariat. Jadi dalam ibarat tersebut terdapat kekurangan.
(* Si lelaki berjaya mengelak dengan baik tetapi tafsiran begini memerlukan bukti penyokong)
@ Apakah bukti yang menunjukkan penulis buku tersebut bermaksud begitu? Mengapa anda tidak mengatakan bahawa penulis buku itu keliru?
(Atas pertanyaan ini, dia ( si lelaki) tetap berpendirian bahawa pernyataan dalam buku Halil Muslimun Bittibaa’I mazhabin mu’ayyanin Minal Mazaahibil Arba’ah dapat dibenarkan dan penulisnya pun tetap tidak salah kerana dalam pernyataan tersebut memang ada kekurangan)
(* Syeikh tidak mahu memanjangkan hal ini lagi kerana memang tidak akan ditemui bukti selain tafsiran si lelaki sendiri, maka Syeikh beralih kepada pertanyaan lain. Syeikh al-Buti sudah benar/ menang 2-0)
@ Setiap orang Islam mengetahui bahawa mengikut seseorang imam tertentu daripada keempat-empat imam mazhab bukanlah termasuk kewajiban syariat, tetapi atas dasar pilihan (kesedaran ) orang itu sendiri.
# Bagaimana boleh jadi begitu? Saya mendengar daripada banyak orang dan juga sebahagian ahli ilmu bahawa diwajibkan secara syariat untuk menetapi mazhab tertentu dan tidak boleh berpindah-pindah kepada yang lain.
@ Cuba anda sebutkan kepada kami seorang saja daripada orang awam atau ahli ilmu yang menyatakan demikian.
(Dia kemudian berdiam sejenak dan berasa hairan dengan ucapan kami yang benar, bahawa sesungguhnya apa yang dia gambarkan (selama ini) adalah sebahagian besar manusia mengharamkan berpindah-pindah mazhab )
(*Rupa-rupanya orang ini sekadar jaguh taqlid buta saja dengan kata-kata orang lain)
@ Anda tidak akan bertemu dengan orang yang bertanggapan keliru seperti itu. Memang pernah diriwayatkan bahawa pada zaman terakhir dinasti Uthmaniyah, mereka keberatan kalau ada seorang yang bermazhab Hanafi berpindah ke mazhab lain. Hal ini kalau memang benar, termasuk fanatik buta yang terkutuk.
(* Maksudnya perbuatan segelintir orang tidaklah boleh dihukumkan kepada kebanyakan orang- ini kaedah asas yang sedia kita maklum. Si lelaki sudah tidak ada apa yang hendak dikata lalu Syeikh beralih kepada soalan lain. Syeikh al-Buti sudah menang/ betul 3-0)
@ Dari mana anda mengetahui perbezaan antara MUQALLID dan MUTTABI’?
# Perbedaannya ialah dari segi bahasa.
(Kami pun mengambil kitab-kitab Lughah agar dia dapat menetapkan perbezaan makna bahasa dari dua kalimat tersebut, tetapi DIA TIDAK MENEMUI APA-APA)
@ Sayyidina Abu Bakar r,a pernah berkata kepada seorang Arab Badwi yang menentang pajak dan perkataannya ini pernah diakui segenap Para Sahabat :
“ Apabila para muhajirin telah rela, kamu semua kenalah menyetujuinya (mengikuti)”.
Abu Bakar mengatakan “ taba’un’ (mengikuti ) yang bererti menyetujui (muwafaqah).
# Kalau begitu, perbezaan makna kedua kata tersebut adalah dari segi istilah dan bukan hak saya untuk membuat suatu istilah.
@ Senang-sennag saja anda menjawab istilah, tetapi istilah yang anda buat tetap tidak akan mengubah hakikat sesuatu . Orang yang anda sebut muttabi’ , kalau dia mengetahui dalil dan cara melakukan istinbath darinya, bererti dia adalah mujtahid . Tetapi apabila tidak tahu dan tidak mampu melakukan istinbath , bererti dia mujtahid dalam sebahagian masalah dan muqallid dalam masalah lain. Oleh kerana itu, bagaimanapun juga pembahagian tingkatan seseorang hanya ada dua macam , iaitu mujtahid dan muqallid, dan hukumnya sudah cukup jelas dan diketahui.
# Sesungguhnya muttabi’ adalah orang yang mampu membezakan pendapat mujtahidin dan dalil-dalilnya, kemudian menguatkan salah satu daripadanya. Tingkatan ini berbeda daripada taqlid.
@Kalau yang anda maksudkan “membezakan pendapat para imam mujtahid” ialah membezakan mana yang kuat dan mana yang lemah dari segi dalil, bererti tingkat ini adalah LEBIH TINGGI DARIPADA IJTIHAD (*lebih hebat daripada mujtahid. Apakah anda mampu berbuat demikian?
# SAYA AKAN LAKUKANNYA setakat kemampuan saya.
(*Hebatnya! Si lelaki secara tidak langsung mengakui yang dia mempunyai kemampuan yang lebih tinggi daripada berijtihad! Apabila telah sampai ke tahap sebegini, maka Syeikh faham tidak ada gunanya membincangkan hal tersebut lalu beralih persoalan kerana orang di depannya sekarang mendakwa dirinya lebih hebat daripada keempat-empat Imam))
@ Kami mendapat tahu yang anda telah memberi fatwa bahawa talak tiga yang dijatuhkan dalam satu majlis bererti jatuh SATU TALAK saja. Apakah sebelum menyampaikan fatwa anda telah meneliti pendapat para imam mazhab serta dalil-dalil mereka , kemudian anda memilih salah satu dari pendapat mereka dan anda fatwakan ?.
Ketahuilah bahwa Uwaimir Al Ijlani telah menjatuhkan talak tiga kepada isterinya di hadapan Rasulullah s.a.w. Setelah ia bersumpah lian dengan isterinya, ia berkata “ Saya akan berbohong kepadanya, Ya Rasulullah, bila saya menahannya, dan saya talak tiga”. Bagaimana pengetahuan anda tentang hadis ini dan kedudukannya dalam masalah ini, serta pengertiannya menurut mazhab sebahagian besar ulama dan menurut mazhab Ibnu Taimiyyah?
# Saya belum pernah melihat hadis ini.
@ Bagaimana anda boleh memfatwakan suatu masalah yang bertentangan dengan apa yang telah DISEPAKATI OLEH KEEMPAT-EMPAT IMAM MAZHAB , padahal anda belum mengetahui dalil-dalil mereka, serta tingkatan kekuatan dalil tersebut?.
Kalau begitu anda telah meninggalkan prinsip yang anda anuti , iaitu ittiba’ menurut istilah yang anda katakan sendiri.
(*Memang benar, kenyataan si lelaki ini bertentangan dengan kenyataan awalnya tadi iaitu “Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid serta dalil-dalilnya , kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Al-kitab dan as Sunnah”. Yang dibuat tidak sama dengan yang diwarwarkan)
# Pada waktu itu saya tidak memiliki kitab yang cukup untuk melihat dalil dari imam-imam mazhab.
(* Kalau sudah sedar yang diri sendiri tidak cukup maklumat/ sumber untuk keluarkan fatwa, mengapa dibuat hukum sendiri?)
@ Kalau begitu, apa yang mendorong anda untuk tergesa-gesa memberikan fatwa yang menyalahi pendapat jumhur kaum muslimin,padahal anda belumpun memeriksa dalil-dalil mereka?
# Apakah yang harus saya perbuat ketika saya ditanya mengenai masalah tersebut, sedangkan kitab yang ada pada saya terbatas sekali?
@ Sesungguhnya cukup saja bagi anda untuk mengatakan “ Saya tidak tahu tentang masalah ini”, atau anda terangkanan saja pendapat mazhab empat kepada si penanya, serta pendapat mereka yang berbeza dengan mazhab empat tanpa harus memberikan fatwa kepadanya dengan salah satu pendapat.
Demikianlah ,apa yang kami kemukakan ini sudah cukup untuk anda dan memang sampai disitulah kewajipan anda. Apatah lagi masalah itu tidak langsung berkaitan dengan diri anda sehingga anda memberikan fatwa dengan pendapat yang menyalahi ijma’ keempat-empat imam tanpa mengetahui dalil-dalil yang dijadikan hujah oleh mereka, kerana anda menganggap cukup dengan dalil yang ada pada pihak yang bertentangan dengan mazhab yang empat.
Anda berada dipuncak kefanatikan sebagaimana yang anda selalu tuduhkan kepada kami.
(*Si lelaki sebagaimana kebiasaannya lain-lain penganut fahaman “La Mazhabiyyah” sering menuduh umat Islam yang mengikut mazhab sebagai taksub, tetapi kini terbukti dirinya pula yang taksub)
# Saya telah menelaah pendapat keempat-empat imam dalam kitab Subulus Salam karya as Syaukani dan Fiqhus Sunnah karya As Sayyid Sabiq”.
@ Kitab yang anda sebutkan adalah kitab yang memusuhi keempat imam mazhab DALAM MASALAH INI. Apakah anda rela menjatuhkan hukuman kepada salah seorang tertuduh hanya dengan mendengarkan keterangan saja, keterangan saksi-saksi dan keluarganya tanpa mendengarkan keterangan tertuduh lain?”.
# Saya kira apa yang telah saya lakukan tidak patut dicela . Saya telah memberikan fatwa kepada orang yang bertanya dan itulah batas kemampuan faham saya.
@ Anda telah menyatakan sebagai muttabi’ dan kita semua kena menjadi muttabi’. Dan anda telah mentafsirkan bahwa ittiba’ ialah meneliti semua pendapat mazhab dan mempelajari dalil-dalil yang dikemukakannya. Kemudian mengambil mana yang paling mendekati dalil yang benar.
Namun apa yang telah anda lakukan ternyata bertolak kebelakang.
Anda mengetahui bahawa mazhab yang empat telah ijma’ bahawa talak yang dijatuhkan tiga sekaligus, bererti jatuh tiga. Anda mengetahui bahwa keempat imam mazhab mempunyai dalil tentang masalah ini, cuma anda belum melihatnya. Namun demikian , anda berpaling dari ijma’ mereka dan mengambil pendapat yang sesuai dengan keinginan anda. Apakah anda (*secara automatik) sejak dari mula telah yakin bahawa dalil-dalil keemppat-empat iamam mazhab itu tidak dapat diterima?
# Tidak, cuma saya tidak melihatnya kerana saya tidak memiliki kitab-kitab tersebut.
@ Mengapa anda tidak mahu menunggu? (*Sudah tahu tidak cukup rujukan, janganlah keluarkan fatwa dulu. Ini tidak, hendak memberi fatwa juga. Mungkin takut jatuh taraf sekiranya tidak dapat menjawab) Mengapa anda tergesa-gesa padahal Allah s.w.t tidak memaksakan anda untuk berbuat demikian?. Apakah kerana anda tidak melihat dalil-dalil para ulama jumhur yang dapat dipakai sebagai alasan untuk menguatkan pendapat Ibnu Taimiyyah? Apakah fanatik yang anda anggap dusta itu tidak lain ialah apa yang anda telah lakukan?
# Dalam kitab-kitab yang ada pada saya , saya telah melihat beberapa dalil yang cukup memuaskan dan Allah tidak membebani saya lebih dari itu.
(* Masih tidak mahu mengalah walaupun sudah terbukti salah)
@ Apabila seorang muslim melihat satu dalil dalam kitab yang dibacanya , apakah cukup dengan dalil tersebut ia meninggalkan semua mazhab yang berbeza dengan fahamannya sekalipun dia belum melihat dalil-dalil daripada mazhab-mazhab tersebut?
#
CUKUP!
@ Ada seorang pemuda yang baru saja memeluk agama Islam , dan dia sama sekali tidak mengetahui pendidikan agama Islam. Lalu ia membaca firman Allah azza wajalla :
“
Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat , maka ke mana pun kamu menghadap , disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatnya ) lagi Maha Mengetahui”.
(Al Baqarah 115).
Pemuda tersebut lalu beranggapan bahawa setiap orang hendak melakukan solat boleh menghadap ke arah mana saja sebagaimana ditunjukkan oleh zahirnya lafaz ayat Al quran itu.
Kemudian ida mendengar bahwa keempat-empat imam mazhab telah bersepakat bahwa (*sesungguhnya) dia kena menghadap Kaabah. Dia pula sedia maklum bahawa para imam mempunyai dalil untuk masalah ini, cuma dia belum melihatnya saja. Apakah yang harus dilakukan oleh pemuda tersebut sewaktu dia hendak mengerjakan solat?
Apakah cukup dengan mengikuti panggilan hatinya saja kerana dia telah menemukan ayat Al Quran tersebut ataupun dia harus mengikuti imam-imam yang berbeda dengan fahamnya?.
# Cukup dengan mengikuti panggilan hatinya.
(* Astaghfirullah… ini sangat berbahaya! Seandainya seorang muallaf ataupun orang Islam awam tiba-tiba membuka Al Quran lalu terjumpa ayat “Bunuhlah mereka (orang-orang kafir) di mana saja kamu menjumpai mereka”, bolehkah anda bayangkan apa yang akan terjadi?)
@Meskipun dengan menghadap ke arah Timur misalnya? Apakah solatnya dianggap sah?
(* Dengan penuh kehairanan)
# Ya, kerana dia wajib mengikut panggilan hatinya.
(*Rupanya hukum-hakam si lelaki dari golongan La Mazhabiyyah ini adalah MENGIKUT PANGGILAN HATI!)
@ Andaikata panggilan hati pemuda itu mengilhami dirinya sehingga ia merasa tidak apa-apa berbuat zina dengan isteri tetangganya, memenuhi perutnya dengan khamar dan merampas harta manusia tanpa hak, apakah Allah akan memberikan syafaat kepadanya lantaran pangillan hatinta itu?
# (Kemudian dia terdiam sejenak, lalu berkata…) Sebenarnya contoh-contoh yang tuan tanyakan hanyalah khayalan belaka dan tidak ada buktinya.
(*Sebenarnya orang ini sudah nampak kesalahannya tetapi ego untuk mengaku)
@ Bukan khayalan atau dugaan semata-mata (*Syeikh seorang ulama besar, tentu pelbagai pengalaman manusia telah dilaluinya), bahkan selalu terjadi hal seperti itu ataupun lebih aneh lagi.
Bagaimana tidak begitu, seorang pemuda yang tidak mempunyai apa-apa tentang Islam, Al Kitab dan As Sunnah, kemudian membaca sepotong ayat Al Quran yang dia fahami menurut apa adanya. Dia kemudian berpendapat bahawa boleh saja solat menghadap ke arah mana saja meskipun dia tahu bahawa solat kena menghadap kiblat (Kaabah).
Dalam kes ini, apakah anda tetap berpendirian bahwa solatnya sah kerana menganggap cukup dengan adanya bisikan hati nurani atau panggilan jiwa si pemuda tersebut?
Disamping itu menurut anda , bisikan hati, panggilan jiwa dan kepuasan mental dapat memutuskan segala urusan (*dijadikan sumber untuk mengeluarkan hukum?). Pendirian ini jelas bertentangan dengan prinsip anda , bahawa manusia terbahagi tiga kelompok : mujtahid, muqallid dan muttabi’ (*kerana ternyata pula semua manusia adalah muttabi’/ mujtahid termasuklah muallaf tadi).
(Setelah kami katakan demikian, ia menyatakan bahwa sebenarnya pemuda tersebut kenalah membahas dan meneliti. Apakah ia tidak membaca hadis atau ayat lainnya?)
@ Dia tidak memiliki cukup bahan untuk membahas sebagaimana halnya anda ketika membahas tentang masalah talak (*tadi). Dia tak sempat membaca ayat-ayat lain yang berhubungan dengan masalah kiblat selain ayat di atas . Dalam hal ini apakah dia tetap kena mengikuti bisikan hatinya dengan meninggalkan ijma’ para ulama’?
# MEMANG KENA BEGITU (* muallaf tadi memang kena ikut bisikan hatinya dengan meninggalkan ijmk para ulama. Kalau muallaf saja sudah begitu, umat Islam lain tentulah lebih lagi layak begitu) kalau dia tidak mampu membahas dan menganalisis. Baginya cukuplah berpegang kepada hasil fikirannya sendiri dan ia tidaklah salah.
@ Ucapan (*pegangan) anda SANGAT BERBAHAYA dan menakjubkan, dan kami akan siarkan...
# Silakanlah tuan menyiarkan pendapat saya dan saya tidak takut.
@ BAGAIMANA ANDA AKAN TAKUT KEPADA SAYA SEDANGKAN ANDA TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH SWT? Sesungguhnya dengan ucapan tersebut anda telah membuang firman allah s.w.t :
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui”.
(An Nahl: 43)
(*Syeikh Ramadhan menghukum orang sebegini sebagai “tidak takut kepada Allah”/ berani menentang Allah. Janganlah hendaknya kita menjadi salah seorang daripada mereka)
# Tuan, para Imam tidaklah maksum yang terpelihara dari kesalahan. Mana boleh dia (si muallaf) meninggalkan yang maksum dan berpegang pada orang yang bukan maksum?
@ Yang terpelihara dari kesalahan adalah makna yang hakiki yang dikehendaki oleh Allah azza wa jalla dengan firmannya:
“Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat…”
Akan tetapi , fahaman “pemuda yang jauh sekali dari pendidikan Islam” sama sekali tidak maksum.
Jadi masalahnya:
Ialah perbandingan antara dua kefahaman, iaitu
a) fahaman atau pemikiran seorang pemuda yang jahil, dengan
b) fahaman atau pemikiran para imam mujtahiddin,
Yang kedua-duanya tidak maksum.
Perbezaannya hanyalah:
Yang satu terlalu jahil
Yang satu lagi sangat dalam ilmunya.
# Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak membebani dia melebihi kemampuannya.
(* Mengikut keputusan para Imam Mazhab bukanlah sesuatu yang di luar daripada kemampuan kita. Ini jawapan yang bukan jawapan, tetapi helah seorang yang sangat ego)
@ Tolonglah jawab lah pertanyaan ini .
Seorang mempunyai anak kecil yang sedang sakit panas. Menurut saranan semua doktor yang ada di kota , dia harus diberi ubat khusus dan mereka melarang orang tua si anak untuk mengubatinya dengan antibiotik. Merekapun telah memberitau kepada orang tua si anak sekiranya peraturan ini dilanggar, ia boleh menyebabkan kematian si anak.
Kemudian orang tua tersebut membaca lembaran tentang kesihatan dan menemukan keterangan bahawa antibiotik kadang-kadang bermanfaat untuk mengubat sakit panas.
Dengan adanya lembaran ini, orang tua tersebut tidak mempedulikan lagi nasihat doktor. Kemudian dengan PANGGILAN HATINYA, ia merawat anaknya dengan antibiotik sehingga mengakibatkan kematian si anak.
Dengan tindakan ini, apakah orang tua tersebut berdosa atau tidak?
# Saya kira masalah tersebut lain dengan masalah ini dan maksudnya pun berbeza dengan persoalan yang sedang kita bicarakan.
(*Si lelaki gagal menangkap tamsilan yang mudah ini, bagaimana agaknya dia mampu membandingkan hujah-hujah para imam mazhab?)
@ Masalah ini sama hakikatnya dengan hal yang sedang kita bicarakan.
Cuba anda perhatikan ! Orang tua tersebut sudah mendengarkan ijma’ (kesepakatan ) para doktor , sebagaimana pemuda tadi juga telah mendengar ijma’ para ulama. Akan tetapi, orang tua tersebut berpegang pada selembaran buku kesihatan , sebagaimana pemuda tersebut melaksankan panggilan hatinya”.
# Tuan, Al Quran adalah Nur. Nur Al Quran tidak dapat disamakan dengan yang lain.
@ Apakah pantulan Al Quran itu dapat difahami oleh yang membaca sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.? Kalau begitu apa bezanya antara ahli ilmu dan yang bukan ahli ilmu dalam menerima cahaya Al Quran?
# PANGGILAN HATI adalah yang paling asas/ pokok. (*Jadi, anda yang mengikut cara lelaki ini sebenarnya menganut MAZHAB PANGGILAN HATI)
@ Orang tua tersebut telah melaksanakan panggilan hatinya sehingga kematian anaknya . Apakah ada pertanggungjawaban bagi orang tua itu baik dari segi syariat mahupun tuntunan hukum?.
#Dia tidak dituntut apa-apa.
(*Jelas, pemikiran lelaki ini jauh terseleweng dan sukar untuk diperbetulkan lagi. Tuan Syeikh pun telah dapat apa yang dia perlukan daripada perbincangan ini, maka dirasanya tak perlu lagi dipanjang-panjangkan kerana tidak akan membawa apa-apa faedah)
@ Dengan pernyataan anda seperti ini , saya kira dialog dan diskusi ini kita cukuplah sampai di sini saja. Sudah putus jalan untuk menemukan pendapat kami dengan anda . Dengan jawaban anda yang sangat mengganjilkan itu, cukuplah kiranya kalau anda telah keluar dari ijma’ kaum muslimin”.
(*Sesiapa yang berpegang dengan fahaman seperti fahaman lelaki ini, maka Syeikh Ramadhan al-Buti menghukum mereka sebagai terkeluar daripada ijma’ kaum muslimin. Anda bagaimana?.......)
Subscribe to:
Posts (Atom)