Monday, October 27, 2008

KEUTAMAAN SOLAT DI RUMAH BAGI WANITA

Dari Amrah binti Abdur Rahman r.a katanya dia mendengar Aisyah isteri Nabi saw berkata”Andaikata Rasulullah tahu apa yang terjadi di kalangan wanita, nescaya beliau melarang mereka pergi ke masjid, seperti halnya wanita-wanita bani Israil di larang ke masjid.”kemudian aku tanyakan kepada Amarah,”apakah wanita-wanita bani Israil dilarang ke masjid?” dia menjawab”ya!”(Sahih Muslim)


Wednesday, October 22, 2008

Menjauhi pertelingkahan,perdebatan dan perpecahan

Dari Anas ra. Menceritakan bahawa pada suatu hari kami duduk dihadapan pintu Rasulullah saw. Kami bermuzakarah diantara satu sama lain sehingga seorang membaca ayat Al-quran dan seorang membaca ayat yang lain untuk menegakkan hujahnya(maka suatu pertengkaran telah berlaku) Tiba-tiba Rasulullah saw. datang dengan wajahnya yang merah(kerana marah) seperti perahan buah delima yang tersimbah di mukanya, lantas beliau berkata : wahai manusia, Apakah kamu dihantar ke dunia untuk bertengkar? Atau kamu diperintahkan untuk berbuat demikian? Janganlah kamu kembali kepada kekufuran kerana selepas peninggalanku akan berlaku pertengkaran sehingga mereka memenggal leher diantara satu sama lain.(ingatlah! Perbuatan ini akan menyampaikan kamu kepada kekufuran)(HR Tabrani Majma uz zawaid)


Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar ra. : “Bahawa saya mendengar Rasulullah saw bersabda : ‘ Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap nabi-nabi mereka.(Hadis 40 Imam Nawawi)


Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : Rasulullah saw telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang menggeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya:’ wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. Sabda Rasulullah saw :” saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyyin yang beroleh petunjuk (daripada Allah) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu). Dan jauhilah kamu dari perkara-perkara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida’ah itu menyesatkan.” (Hadis 40 Imam Nawawi)

Saturday, October 18, 2008

Wednesday, October 15, 2008

SEMBAHYANG

NAWAFIL DI RUMAH
Sabdaan Rasulullah saw: maksudnya:-
Daripada Zaid bin Thabit ra katanya; sesungguhnya nabi saw. Telah bersabda: Wahai manusia!, sembahyanglah kamu di rumah masing-masing, kerana sesungguhnya sembahyang seorang lelaki di rumahnya melainkan sembahyang fardu.(al-bukhari dan muslim)


Didalam riwayat yang lain dengan tambahan perawinya at-Tirmidzi katanya; dari Zaid bin Thabit ra katanya:Rasulullah saw telah memasang penyekat pada suatu tempat di masjid sehingga ia menjadi sebuah bilik tempat beliau sembahyang(sunat) di bulan Ramadan. Melihat hal itu beberapa orang sahabat mendatangi tempat itu dan mereka sembahyang mengikuti Rasulullah saw. Pada suatu malam mereka datang pula tetapi baginda saw. tidak keluar menemui mereka. Oleh yang demikian mereka telah mengeraskan suara dan melontar batu kerikil untuk memberitahu nabi supaya keluar kerana menyangka beliau lupa. Oleh sebab itu Rasulullah saw. keluar menemui mereka sambil berkata dengan marahnya; Janganlah kamu sentiasa berbuat sedemikian. Sembahyang di rumah kamu masing-masing kerana sebaik-baiknya sembahyang(sunat) seorang lelaki adalah di rumah kecuali sembahyang fardu.


Sabdaan Rasulullah saw.: maksudnya:-
Daripada Ibnu Umar ra daripada nabi saw. di mana baginda saw. telah bersabda: jadikanlah rumah-rumah kamu sebagai tempat sembahyang, janganlah jadikannya seperti kubur-kubur.(al-Bukhari dan muslim)

di petik dari buku yang sama seperti post sebelum ini.....tapi dalam bab sembahyang

Sunday, October 12, 2008

ILMU

Berjaga-jaga dari fatwa tanpa ilmu

Sabdaan Rasulullah saw;maksudnya:Daripada Abdullah Bin Amru Bin As ra katanya; aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dgn sekaligus daripada manusia,tetapi Allah mencabut ilmu dgn mengambil nyawa alim ulama sehingga tidak tinggal seorg pun yang alim. Manusia pun mengambil ketua-ketua yang jahil dengan mengemukakan kepada mereka masalah-masalah agama lalu mereka berfatwa tanpa ilmu dan mereka memuliakan mereka dan sijahil itu pula menyesatkan mereka.(al bukhari dan muslim)

Di dalam riwayat al-imam bukhari pula dinyatakan hadis seperti berikut; Allah mencabut ilmu daripada hamba-hambanya sehingga tiada tinggal seorg pun yang alim mengenai hadis.demikian pulalah kedapatan di kalangan umat islam yang menggunakan akal fikiran dengan tanpa di rujuk kepada Al-Quran dan Al-Hadis di dalam memutuskan sesuatu perkara ataupun mengendalikan sesuatu urusan agama.Termasuk ke dalam golongan mereka adalah org-org islam yang tidak menghormati alim ulama.

Barangsiapa yang berkata mengenai Al-Quran dengan pendapatnya sendiri

Sabdaan Rasulullah saw;maksudnya: Daripada ibnu Abbas ra katanya; Rasulullah saw telah bersabda:Barangsiapa yang berkata mengenai Al-Quran tanpa ilmu maka dia menyediakan tempatnya sendiri di dalam neraka.(Hasan sahih riwayat at-Tirmdzi)

Dipetik dari buku karangan As sheikh Zainul Abidin Al-Uzma;”Pegangan Hidup dan Amalan SALAFUS SOLEH.”bab ilmu dan zikir.

Pada hari ini umat islam dengan mudah sahaja mengeluarkan tafsiran tentang ayat yang mereka baca padahal untuk mentafsirkan ayat quran dalam kitab fadilat amal ada 15 ilmu yg kita perlu ada,klu kat sekolah agama yg saya tahu ada 9 ilmu. Begitu banyak ilmu yang perlu di pelajari tetapi hari ini org yang rasa ada ilmu sikit sudah pandai buat berbagai-bagai tafsiran tentang ayat2 al-quran yang mereka baca dari terjemahan ayat quran.sesetengah org pula dengan senang2 mengeluarkan ijtihad kononnya mengikut masa padahal ijtihad itu mesti merujuk al-quran dan hadis dulu………………

HAMBA ALLAH YANG LEMAH DAN JAHIL

Wednesday, October 8, 2008

KEUTAMAAN SOLAT DI RUMAH BAGI WANITA

Disebutkan dalam sebuah riwayat dari Ummu Salamah r.a, isteri Nabi saw., bahwa jika selesai solat dan sesudah salam, maka Nabi saw. Diam beberapa saat, dan para jemaah memahami sikap beliau itu, iaitu agar wanita keluar lebih dahulu sebelum kaum laki-laki.

Diriwayatkan bahwa masjid Nabawi mempunyai pintu khusus bagi para wanita, dan Umar ra. Melarang kaum laki-laki masuk dari pintu ini.

Monday, October 6, 2008

Aidilfitri


Sambutan raya
Nabi saw bersabda :”kamu pernah menyambut perayaan dua kali setahun. Allah telah memberkati kamu dengan dua hari yang lebih baik-Aidul Fitri dan Aidul Adha.Kedua hari ini adalah untuk makan-makan dan minum-minum,bergembira bersama dan mengingati Allah”(Syarah Maari Al Asar)



Puasa Enam Hari Syawal
Hazrat Abu Ayub Ansari r.a memberitahu Rasulullah saw bersabda,”jika seseorang berpuasa semasa Ramadhan kemudian mengikuti dengan enam hari syawal,ia adalah seperti berpuasa sepanjang tahun.”(muslim, maariful hadis)