sekarang orang islam juga telah menjadi bangsa kepada penyakit yang sama malahan bentuk amalan solat mereka pada dasarnya menurun menjadi bentuk upacara yang kosong.Lebih berat daripada itu pula pendidikan Tauhid yang sepatutnya menjadi sumber pembaikan, pada banyak bahagian menjadi sebagai adat sahaja.
Tetapi setelah rantaian kenabian tamat dan tanggungjawab demikian telah tertanggung pada ulamak yang merupakan waris nabi yang mulia ini, maka menjadi tugas mereka memberikan tumpuan yang khas untuk memperbaiki keadaan ini dan cara mengislahkannya ialah dengan memperbetulkan 'niat' kerana amalan-amalan mereka akan menjadi hanya adat apabila semangat keikhlasan dan sikap tawaduk terkeluar daripada hati mereka,maka dengan cara memperbaiki niat tuju arah amalan-amalan akan menjadi lurus dan'hakikat' akan wujud menggantikan 'adat'. Maka setiap amalan akan dilakukan dengan tawaduk dan taqwa. Ringkasnya adalah menjadi satu tugas khas ulamak dan orang-orang yang beragama sekarang ini berusaha keras meningkatkan kesungguhan dan hakikat ke dalam amalan-amalan umat dengan menarik perhatian mereka kepada 'pembetulan niat'."
di petik dari buku RIWAYAT HIDUP DAN USAHA DAKWAH MAULANA MUHAMMAD ILYAS(RAHMATULLAH 'ALAIH) oleh Syed Abul Hassan Ali An Nadwi