Hazrat Aisyah ra. Telah menyatakan: Tatkala Nabi saw. bercakap tentang Khadijah ra. Baginda akan memujinya dan pada satu hari apabila baginda melakukannya, daku menjadi sangat cemburu akannya hingga daku berkata,”mengapakah kamu cakap banyak sangat tentang seorang perempuan yang penjuru-penjuru mulutnya sudah merah(disebabkan oleh kehilangan gigi kulitnya telah bertukar menjadi merah dan zahir kelihatan) sedangkan Allah telah member kamu yang lebih baik(daku sendiri),”
Baginda menjawab,”Allah tidak memberi daku yang lebih baik daripadanya(dalam erti perkataan lain bahawa kamu tidaklah lebih baik daripadanya) kerana beliau tampil ke hadapan untuk beriman kepada daku tatkala orang lain menolak daku dan bersaksi pada satu peringkat apabila orang lain menafikan apa yang daku bawa. Beliau menyediakan daku dengan bantuan kewangan pada masa orang lain menahan tangan-tangan mereka (iaitu tiada seorang pun menunjukkan simpati kepada daku oleh kerana selepas perisytiharan sebagai nabi, orang ramai telah menjadi jahat). Dan Allah Taala juga telah menganugerahkan daku dengan anak-anak bersamanya, manakala daku tidak mempunyai anak dengan isteri-isteri yang lain.”(musnad ahmad)
No comments:
Post a Comment