Penerimaan jawatan khalifah demi untuk kebaikan agama.
Telah dikeluarkan oleh Ibnu Rahawiah, Al-Adani,Al-Baghowi dan Ibnu Khuzaimah daripada Rafi’ katanya:”tatkala umat Islam melantik Abu Bakar ra. Sebagai khalifah, aku telah berkata:”ketika aku mengetahui bahawa Abu Bakar ra. Telah dilantik sebagai khalifah aku terkenang bahawa beliau adalah sahabatku yang telah menyuruhku agar aku tidak menerima jawatan sebagai amir walaupun untuk dua orang. Aku bertolak ke madinah dan sampai di sana. Aku pun menampilkan diriku di hadapan Abu Bakar ra. Dan bertanya kepadanya:”Ya Abu Bakar! Adakah kamu masih mengenaliku?” jawab Abu Bakar ra. :”ya”
Akupun berkata:”Adakah kamu mengingati sesuatu yang pernah kamu ucapkan kepadaku?(iaitu) Agar aku jangan menjadi amir walaupun untuk dua orang dan tetapi sebaliknya kamu telah menjawat jawatan amir untuk umat.”
Abu Bakar berkata:”sesungguhnya Rasulullah saw telah wafat dan ramai manusia yang masih baru memeluk Islam. Oleh itu aku takut sekiranya mereka akan kembali ke agama asal mereka (murtad) dan bertelingkah di antara satu sama lain. Oleh kerana itu, aku menjawat jawatan khalifah ini walaupun aku tidak suka memegangnya.”Abu Bakar berterusan menerangkan tentang kelemahannya sehingga aku menerima alasannya itu.
(Sebagaimana dalam Al-Kanz dengan rujukan hayatus sahabah)
Hari ini manusia berlumba-lumba menjawat jawatan sebagai ketua itu,ketua ini kerana hanya ingin mahsyur,inginkan sesuatu keperluan daripadanya tanpa memikirkan tanggungjawab dan persoalan yang mereka akan jawab diakhirat kelak. Seorang yang tidak berkebolehan untuk menjadi ketua pun ingin supaya mereka menjadi ketua. Sedangkan seorang sahabat yang kita tahu begitu tinggi darjatnya di sisi Allah pun begitu sedih dan takut apabila menerima jawatan sebagai ketua
Larangan mengangkat seseorang yang meminta atau berambisi menduduki suatu jabatan.
Dari Abu Musa Al-Asy’ary ra. Berkata:”saya bersama dua orang saudara sepupu datang kepada Nabi saw., kemudian salah seorang diantara keduanya itu berkata:”wahai Rasulullah, berilah kami suatu jabatan pada sebagian apa yang telah Allah ‘azza wajalla kuasakan terhadap tuan.” Dan yang lain juga berkata seperti itu. Kemudian beliau bersabda: “Demi Allah, aku tidak akan mengangkat seseorang dalam suatu jabatan yang yang mana ia memintanya, atau seseorang yang sangat ambisi pada jabatan itu”(riwayat Bukhari dan Muslim)
2 comments:
Salam,,jemput baca kisah uuk orang lagi di blog saya...
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
Post a Comment