Hadis Rasulullah saw. Yang berbunyi :
Ertinya: “Daripada Abu Hurairah ra. Bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda : “Jika ada seseorang berkata : “orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.”(HR. Muslim)
Imam Nawawi ra. Ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut :
“Larangan semacam di atas itu(larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram”.
“Ada pun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya”.
Oleh kerana itu, apabila kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan reality umat islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ‘ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuding orang lain. Jadi, apabila kerosakan moral umat islam dewasa ini yang diketengahkan, maka biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat dan dengan perasaan belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Rujukan : Muqaddimah 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman – Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
2 comments:
salam
benar...
wassalam...hendaklah kita sentiasa memeriksa hati kita
Post a Comment