Saturday, November 27, 2010

Menjaga Faraj

(Adapun faraj) maka engkau peliharakan akan dia daripada tiap-tiap yang diharamkan akan dia oleh Allah taala. Dan jadikan dirimu seperti yang dikatakan oleh Allah taala di dalam al-Quran dengan firmannya :


Ertinya : “Dan mereka itu yang memeliharakan akan faraj mereka melainkan atas isteri mereka itu atau gundik mereka itu. Maka sesungguhnya mereka itu tiada dicela oleh syara’” Al-Mukminun : 6-5



(syahdan) dan engkau tiada kuasa memelihara akan faraj itu melainkan dengan memeliharakan empat perkara :


(pertama) memeliharakan mata daripada melihat akan perempuan yang helat (ajnabiah). Kata Imam al-Ghazali rahimahullahu taala di dalam “Ihya ulumiddin” :


Ertinya : “Barangsiapa tiada memeliharakan ia akan matanya nescaya tiada dapat ia memelihara akan zakarnya. Dan barangsiapa tiada kuasa atas memejamkan akan matanya nescaya tiada kuasa ia atas memelihara akan agamanya. Dan zina mata itu iaitu daripada sebesar-besar dosa kecil yang membawa kepada zina faraj”.


(kedua) memeliharakan akan hati daripada memikirkan akan perempuan yang helat.


(ketiga) memeliharakan akan perut daripada memakan yang syubhah.


(keempat) memeliharakan perut daripada sangat kenyang, kerana sekalian yang demikian itu menggerakkan akan syahwat.



Rujukan : Hidayatus Salikin Fi suluki malakil-muttaqin ~ Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani

No comments: