Tuesday, September 23, 2008

KEUTAMAAN SOLAT DI RUMAH BAGI WANITA

Rasulullah SAW bersabda:
“wanita adalah aurat, apabila ia keluar(dari rumahnya) maka syaitan mengeremuninya. Dan sedekat-dekat seorang wanita kepada tuhannya adalah ketika berada di rumahnya.”(HR ibnu Khuzaimah dan ibnu Hibban – at Targhib)

Diriwayatkan bahwa Ummu Humaid, isteri Abu Humaid as Sa’idi r.a pernah datang kepada Rasulullah dan berkata,”wahai Rasulullah, sesungguhnya saya suka (berjamaah di masjid) bersamamu.”


Beliau SAW menjawab,”sesungguhnya aku telah mengetahui bahwa engkau suka solat(berjamaah) bersamaku, tetapi solatmu di kamar tidurmu lebih baik daripada solatmu di ruang lain(dalam rumah)mu; solatmu di dalam sebuah ruangan tertentu dalam rumahmu lebih baik daripada solatmu di(ruang tengah) rumahmu; solatmu di ruang tengah rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu; solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku.”

Abu Humaid berkata,”setelah mendengar hal itu, isteriku meminta padaku agar dibuatkan masjid(tempat solat). Lalu dibuatkanlah untuknya masjid(tempat khusus) untuk solat di sebuah sudut yang gelap dalam rumahnya, maka Ummu Humaid pun selalu melakukan solat di tempat itu hingga meninggal dunia.”(HR Ahmad,ibnu Khuzaimah, dan ibnu Hibban dalam kitab sahihnya – at Targhib)

Berdasarkan hadith ini,ibnu Khuzaimah telah menulis satu bab dalam kitab sahihnya, yakni: Bab keutamaan solat seorang wanita di dalam kamarnya daripada solatnya di ruang tengah rumahnya, danasolatnya di masjid kaumnya lebih utama daripada solatnya di masjid Nabi SAW walaupun solat di masjid Nabi SAW. Sebanding dengan seribu kali solat di masjid-masjid lain. Adapun sabda Nabi SAW yang menyatakan bahwa satu kali solatdi masjid ini lebih utama daripada seribu kali solat di masjid-masjid lain, maksudnya adalah solat bagi laki-laki, bukannya solatnya wanita.Demikian komentar Ibnu Khuzaimah.

2 comments:

ukhti ya akhwat said...

ya...benar...rasanya tak salah kan if kaum wanita p solat kat masjid???cuma tak digalakkan sangat...especially masjid UMS tu...cantik kurang pengunjung...sayang,kaum muslimin ntah ke mana...hanya beberapa kerat jak yang sudi mengimarahkan masjid indah tu...dan kebanyakan pun yang berkopiah dan berbaju jubah....hmmmm hairan kan?ada peluang besar nak kutip pahala tapi kenapa dorng taknak??sedih jugak...my sigh...

PIANED said...

ya x salah....tgu post out seterusnya.......................