Wednesday, October 15, 2008

SEMBAHYANG

NAWAFIL DI RUMAH
Sabdaan Rasulullah saw: maksudnya:-
Daripada Zaid bin Thabit ra katanya; sesungguhnya nabi saw. Telah bersabda: Wahai manusia!, sembahyanglah kamu di rumah masing-masing, kerana sesungguhnya sembahyang seorang lelaki di rumahnya melainkan sembahyang fardu.(al-bukhari dan muslim)


Didalam riwayat yang lain dengan tambahan perawinya at-Tirmidzi katanya; dari Zaid bin Thabit ra katanya:Rasulullah saw telah memasang penyekat pada suatu tempat di masjid sehingga ia menjadi sebuah bilik tempat beliau sembahyang(sunat) di bulan Ramadan. Melihat hal itu beberapa orang sahabat mendatangi tempat itu dan mereka sembahyang mengikuti Rasulullah saw. Pada suatu malam mereka datang pula tetapi baginda saw. tidak keluar menemui mereka. Oleh yang demikian mereka telah mengeraskan suara dan melontar batu kerikil untuk memberitahu nabi supaya keluar kerana menyangka beliau lupa. Oleh sebab itu Rasulullah saw. keluar menemui mereka sambil berkata dengan marahnya; Janganlah kamu sentiasa berbuat sedemikian. Sembahyang di rumah kamu masing-masing kerana sebaik-baiknya sembahyang(sunat) seorang lelaki adalah di rumah kecuali sembahyang fardu.


Sabdaan Rasulullah saw.: maksudnya:-
Daripada Ibnu Umar ra daripada nabi saw. di mana baginda saw. telah bersabda: jadikanlah rumah-rumah kamu sebagai tempat sembahyang, janganlah jadikannya seperti kubur-kubur.(al-Bukhari dan muslim)

di petik dari buku yang sama seperti post sebelum ini.....tapi dalam bab sembahyang

10 comments:

PIANED said...

gambar kat atas 2 sesuai sgt ngan seruling senja

رضاءالدين صالح said...

HEHEHE...
ko dpt mana gmbar 2..
mcm familiar ja kubah tu..
sri petaling ka..heheh

hny said...

jangan jadikan bilik sebagai kubur-kubur tu maksudnye mcm mano?

PIANED said...

maksudnya suram...mcm kubur....kamu p tgk kubur....mana da org beribadat d kubur......lelaki pun d suruh solat sunat d rumah apatah lagi wanita.......

PIANED said...

bha....sri petaling la 2......khas untuk abg rita

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

hmm
betul tu...syukran
bertambah isi di otak...

PIANED said...

cara bertrima kasih terbaik adalah dengan ucapan jazakallahu khairan....

hny said...

i see..
kias bahasa tinggi..
baru paham..

jazakallahu khaira..tq.

PIANED said...

klu kita btl2 nak blaja dgn ikhlas....insyaAllah,Allah akan bg kita faham...tp klu kita saja jak nak cari kesilapan nak pertikai....insyaAllah sampai kiamat pun xkan faham......apabila kita inginkan ilmu doa lah dgn Allah dan doa sekali untuk dapat kefahaman.......dan sentiasa harap pada Allah...sangka baik dgn Allah

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

ok...
jazakallahu khairan...