Thursday, January 29, 2009

KISAH ALIMAH

Imam Malik rah.a, jika mengajarkan kitabnya, al muwatta’ kepada murid-muridnya,maka muridnya membaca kitab tersebut  di hadapan beliau. Jika pembaca itu salah dalam bacaannya, baik kesalahan dalam huruf, ada penambahan, atau pengurangan, maka puteri beliau mengetuk pintu. Lalu ayahnya berkata pada si pembaca itu,”ulangi, ada kesalahan dalam bacaanmu!”maka si pembaca pun mengulangi bacaannya, dan ternyata memang ada kesalahan dalam bacaannya.

                Keterangan: seandainya puteri Imam Malik rah.a itu tidak hafal kitab Muwatta’, tidak mungkin dia bisa memberitahu kesalahan murid beliau pada waktu membacakan kitab itu di hadapan beliau.Puteri Imam Malik rah.a juga begitu menjaga adab sehinggakan dia hanya mengetuk pintu untuk memberitahu kesalahan tanpa mengeluarkan suara.

 

Tuesday, January 27, 2009

Menangisi Si Mati Adalah Dibenarkan.

 

Nabi saw telah memerintahkan supaya ummahnya mengucapkan:

Maksudnya:”Dari Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali dan supaya tetap redha dan berpuas hati dengan kehendak Allah.”

                Arahan-arahan ini tidaklah bertentangan dengan mengalirkan air mata dan mempunyai hati yang sedih. Berhubung dengan inilah bahawa disamping baginda sentiasa berasa redha dengan kehendak Allah dan memuji-Nya sepenuhnya, bahawa apabila anaknya yang dikasihi iaitu Ibrahim meninggal dunia, baginda sangat terkesan hinggakan baginda tidak dapat menahan air matanya dari mengalir, walaupun hatinya tunduk pasrah kepada kehendak Allah dan lidahnya basah dengan Zikrullah.(uswah rasool e akram)

Hazrat Anas ra telah melaporkan: kami pergi bersama Rasulullah saw untuk melawat Abu Saif si tukang besi yang merupakan suami Khaulah Binti Munzir, penjaga anaknya Ibrahim yang menurut adat masih tinggal dengan penjaganya. Baginda menimang anaknya, menciumnya dan menggosokkan hidungnya kepada pipi anaknya, sebagaimana dilakukan apabila menggomol anak kecil. Kami telah pergi untuk melawatnya kemudian apabila Ibrahim telah meninggal dunia dan air mata mula mengalir di mata Rasulullah saw yang mana Abdul Rahman bin Auf ra berkata kepadanya:”Tuan juga, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Ibnu Auf, ia adalah kasih saying”,maka air mata baginda mengalir dan bersabda,”Air mata mengalir dan hati bersedih, tetapi kami hanya ucapkan apa yang Tuhan kami redha dengan (iaitu Dari Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali) dan bersedih di atas perpisahan denganmu, wahai Ibrahim.”(Bukhari, Muslim, Maariful Hadis)

 

PERHATIAN: MERATAP ADALAH DILARANG

 

 

Friday, January 23, 2009

BUSANA MUSLIMAH


Hazrat Ibnu Umar radhiallahu anhu memberitakan bahawa Rasulullah saw bersabda,”dia yang meniru sebarang kaum adalah salah seorang darinya.”(Ahmad,Abu Daud)

 

Tujuan hadis adalah bagi menjelaskan bahawa sesiapa yang mengamalkan cara mereka yang tidak beriman dan mereka yang melakukan kejahatan adalah rakan kongsi dalam melakukan dosa-dosa mereka.(uswah rasool e akram)

 

Maka kita tidak boleh sama sekali meniru-niru cara yahudi, nasrani, majusi dan lain2. Dengan ini saya nak pembaca membuka minda cara siapakah yang harus kita jadikan panduan dalam kehidupan dunia, lebih2 lagi agama. Tentunya cara Nabi saw, tapi adakah kita mengikuti cara nabi???Nabi saw adalah manusia yang d turunkan wahyu kepadanya dan dia lebih memahami apa yang Allah inginkan dari hambanya. Tiada keraguan dalam mengikuti cara Nabi saw!!!

Tapi apakah kita sebagai daie ini mengikuti cara Nabi saw???pertunjukkan fesyen bagi muslimah atau lebih di kenali busana muslimah, cara siapakah ini???...bukankah ini cara golongan kafir???kenapa kita harus mengikutinya???kerana dalam pandangan kita cara orang kafir ini lebih berjaya???bagaimana pula cara Nabi saw???Kita sedar segala-galanya tetapi kita terpedaya dengan tipuan syaitan…kerana syaitan akan berusaha memesongkan kita walaupun kita rasa kita buat ini betul dan syaitan itu musuh yang kita tidak dapat lihat dan kita tidak mampu melakukan apa2 terhadapnya kecuali dengan izin Allah. Untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam usaha agama kena ikut cara Nabi saw. kerana cara Nabi saw adalah yang terbaik…

 

Ibnu Umar ra di mana ia berkata, bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “barangsiapa memakai pakaian yang menyebabkan kegemparan di dunia, maka Allah akan memberinya pakaian yang menghinakan kelak di hari kiamat.”(Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I dan Ibnu Majah)

 

Hazrat Salim ra telah memberitakan dari ayahnya bahawa Nabi bersabda,”sekiranya seseorang mengheret dengan angkuhnya apa saja yang tergantung di kain bahagian bawah, kemeja atau serban, maka Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat.”(Abu Daud, Nasa’i)

 

TAKUTLAH DENGAN ANCAMAN ALLAH!!!

PERHATIAN: HANYA INGIN BERKONGSI PENDAPAT. 

Wednesday, January 14, 2009

SEKSI?????

Perbandingan muslimah bertudung labuh hari ini…

Post ini hanyalah untuk memberi pandangan untuk muslimah yang bertudung labuh pada hari ini…

Cerita yang aku dengar dari seorang muslimah dia kata ada orang lelaki yang mengatakan muslimah yang bertudung labuh lebih seksi daripada yang tidak bertudung labuh…

Hah???Knapa???

Di sini bukan bermaksud bertudung labuh itu tidak baik, ia lebih baik dari x bertudung labuh…

Saya pun berfikir sejenak kenapa orang berkata demikian…

Tiba-tiba bermain dalam fikirkan ku apa yang di kata itu ada betulnya…

Mengikut pandangan saya ini terjadi kerana muslimah itu tidak menjaga soal warna dan fesyennya…

Kebanyakan muslimah yang bertudung labuh sekarang lebih cenderung menggunakan yang warna lembut samada pakaian ataupun tudung…

Ini menjadikan mereka lebih menonjol dari orang sekeliling mereka…dan menjadi perhatian…lagipun biasanya orang bertudung labuh ne yang ayu2 jadi apabila mereka menggunakan warna yang lembut mereka akan menarik perhatian lelaki…

Dalam 1 hadis Ibnu Umar ra di mana ia berkata, bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “barangsiapa memakai pakaian yang menyebabkan kegemparan di dunia, maka Allah akan memberinya pakaian yang menghinakan di hari kiamat,”(Ahmad,Abu Daud,An-Nasa’I dan Ibnu Majah)

Banyak lagi adab yang muslimah kena ikut seperti suara mesti tegas, dan etc…..

Pakaian Wanita memenuhi sifat2 berikut:

1.       Menutupi seluruh badan selain yang dikecualikan yakni wajah dan dua telapak tangan.

2.       Tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh yang ditutupinya.

3.       Tidak tipis sehingga warna kulit masih boleh di lihat.

4.       Tidak menyerupai pakaian lelaki.

5.       Tidak berwarna menjolok mata sehingga menarik perhatian orang.

6.       Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.

7.       Dipakai bukan dengan maksud mempamerkannya.

 

Adakah pertandingan busana muslimah itu patut?????