Friday, January 23, 2009

BUSANA MUSLIMAH


Hazrat Ibnu Umar radhiallahu anhu memberitakan bahawa Rasulullah saw bersabda,”dia yang meniru sebarang kaum adalah salah seorang darinya.”(Ahmad,Abu Daud)

 

Tujuan hadis adalah bagi menjelaskan bahawa sesiapa yang mengamalkan cara mereka yang tidak beriman dan mereka yang melakukan kejahatan adalah rakan kongsi dalam melakukan dosa-dosa mereka.(uswah rasool e akram)

 

Maka kita tidak boleh sama sekali meniru-niru cara yahudi, nasrani, majusi dan lain2. Dengan ini saya nak pembaca membuka minda cara siapakah yang harus kita jadikan panduan dalam kehidupan dunia, lebih2 lagi agama. Tentunya cara Nabi saw, tapi adakah kita mengikuti cara nabi???Nabi saw adalah manusia yang d turunkan wahyu kepadanya dan dia lebih memahami apa yang Allah inginkan dari hambanya. Tiada keraguan dalam mengikuti cara Nabi saw!!!

Tapi apakah kita sebagai daie ini mengikuti cara Nabi saw???pertunjukkan fesyen bagi muslimah atau lebih di kenali busana muslimah, cara siapakah ini???...bukankah ini cara golongan kafir???kenapa kita harus mengikutinya???kerana dalam pandangan kita cara orang kafir ini lebih berjaya???bagaimana pula cara Nabi saw???Kita sedar segala-galanya tetapi kita terpedaya dengan tipuan syaitan…kerana syaitan akan berusaha memesongkan kita walaupun kita rasa kita buat ini betul dan syaitan itu musuh yang kita tidak dapat lihat dan kita tidak mampu melakukan apa2 terhadapnya kecuali dengan izin Allah. Untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam usaha agama kena ikut cara Nabi saw. kerana cara Nabi saw adalah yang terbaik…

 

Ibnu Umar ra di mana ia berkata, bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “barangsiapa memakai pakaian yang menyebabkan kegemparan di dunia, maka Allah akan memberinya pakaian yang menghinakan kelak di hari kiamat.”(Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I dan Ibnu Majah)

 

Hazrat Salim ra telah memberitakan dari ayahnya bahawa Nabi bersabda,”sekiranya seseorang mengheret dengan angkuhnya apa saja yang tergantung di kain bahagian bawah, kemeja atau serban, maka Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat.”(Abu Daud, Nasa’i)

 

TAKUTLAH DENGAN ANCAMAN ALLAH!!!

PERHATIAN: HANYA INGIN BERKONGSI PENDAPAT. 

1 comment:

Asiah yusro said...

salam ziarah, berkaitan hal yang enta kemukakan,

sekiranya benar hendak menganjurkan pertandingan sebegini, sediakanlah bilik persiapan untuk peserta.. dan peserta dan pemenang pertandingan ini tidak digembar gemburkan.. itulah ana menyatakan pro dan kontra pertandingan ini..

tetapi akhi, ana sendiri pernah melihat impak besar pertandingan busana muslimah ini, di mana seorang muslimah yang tidak pandai menutup aurat, jatuh cinta dgn pemakaian bersyariatkan ISLAM.. cuma mungkin kite kena fikir dalam2 bgimana untuk menganjurkannya iaitu cara terbaik..