Wednesday, October 6, 2010

Untukmu Wanita Yang Mulia

Isteri solehah adalah isteri yang setia

Pada prinsipnya, isteri solehah itu adalah isteri yang taat kepada Allah dan Rasulnya. Dia adalah isteri yang taat dan sentiasa member motivasi kepada suaminya. Misalnya, apabila seorang suami sedang menghadapi masalah , pada masa inilah isteri memberikan motivasi. Walaupun lelaki pada zahirnya kelihatan kuat, namun orang lelaki juga mempunyai kelemahannya. Lelaki yang gagah perkasa sekalipun, tetap mahukan isteri di sampingnya pada saat mereka menghadapi kesulitan.


Sebagai seorang pendamping, isteri juga dituntut memiliki kesetiaan sama ada pada saat suka mahupun duka. Kesetiaan isteri adalah bukti pengakuan pada kebaikan suami serta cermin kepada kemurnian hati. Sikap ini memberikan kesan positif dalam kehidupan berumah tangga. Ada kalanya perjalanan hidup seorang suami tidak sentiasa indah. Dia juga ditimpa musibah dan dugaan. Apabila sebegini, kesetiaan isteri dituntut supaya sentiasa mendampingi suami.


Apabila terjadi perubahan dalam kehidupan suami sikap sebenar isteri bakal terlihat. Misalnya daripada kaya menjadi miskin ataupun daripada berkedudukan berubah menjadi hilang jawatan dan daripada sihat menjadi sakit. Semasa menghadapi perubahan seperti itu, seorang isteri yang solehah pasti tetap setia mendampingi suami. Dia selalu memikirkan mengenai semua kebaikan suami serta berupaya menutupi segala kekurangannya. Kesetiaan seorang isteri dapat menjadi penawar kesedihan dan penghibur serta penghapus segala kegelisahan. Kita perlu menyedari isteri yang dicintai tidak meninggalkan suaminya dalam keadaan tidak terurus.


Berkaitan dengan besarnya peranan kesetiaan kepada kebahagiaan rumah tangga, Islam menganjurkan kepada setiap keluarga muslim bagi mendapatkan dan mewujudkannya. Allah menjelaskan di dalam Quran surah al-baqarah ayat 237 yang bermaksud, “Janganlah kalian melupakan kebaikan di antara kalian.” Di samping itu, Baihaqi menceritakan daripada Siti Aisyah, Nabi Muhammad berkata, “Kesetiaan (janji setia) adalah sebahagian daripada iman.”

Rujukan : Keluargaku Syurgaku – Aa Gym

* sedikit daripada saya, wanita juga janganlah menjadikan diri suami-suami mereka dayus yang dalam pengertian islam, contohnya isteri bergaul bebas dengan lelaki lain, menduakan suaminya dan lain-lain lagi yang menjadikan suami itu dayus kerana tiada tempat untuk lelaki dayus didalam syurga. Kena diingatkan disini bahawa ini adalah untuk "isteri" bukan "girlfriend".

No comments: