Sunday, February 6, 2011

Berfatwa

* hari ini sebahagian dari kita begitu berani berfatwa hanya dengan membaca hadits-hadits mereka berfatwa. tidak mahu mengikuti ulama-ulama, hendak mengikuti pendapat yang dia buat sendiri dengan pemahaman sendiri. menafsir ayat quran dengan sesuka hati, dan membuat-buat kefahaman sendiri tentang hadis. kita kadang-kadang ditanya pasal agama malu nak jawab tak tahu dan mula lah jawab ikut suka hati. jadi mari kita lihat serba sedikit sifat salafussoleh dalam hal ini. Apa salahnya kalau tidak tahu jawab tidak tahu.



Abu Hafs Nisapuri rah. Berkata bahawa ulama yang sebenar takut apabila menjawab soalan iaitu memberi keputusan mengenai masalah agama kerana pada hari kiamat akan disoal mengenai sumber pendapat atau keputusan tersebut. [2]


Setengah ulama mengatakan bahawa sahabat ra.hum berperasaan enggan mengenai empat perkara :

  1. Menanggung menjadi imam
  2. Menjadi wasi (tanggungjawab untuk melaksanakan wasiat orang)
  3. Menanggung amanah orang dan
  4. Mengeluarkan fatwa mengenai agama.

Mereka ra.hum sibuk secara khas dalam lima perkara: iaitu, 1) bacaan al-quran, 2) makmurkan masjid, 3) mengingati (zikir) Alllah 4) menasihati orang untuk berbuat baik dan 5) mencegah perkara-perkara mungkar. [2]



Hadrat Ibnu Hussain rah. Berkata bahawa setengah orang terlalu cepat mengeluarkan fatwa pada hal masalah yang demikian itu jika sekiranya dikemukakan kepada hadrat umar ibnul khattaab ra. Maka beliau akan memanggil kesemua ahli badar dan bermesyuarat. [2]

Hadrat Anas ra. Merupakan sahabat Baginda Rasulullah saw. yang tinggi darjatnya. Beliau pernah berkhidmat kepada Baginda selama sepuluh tahun. Apabila beliau ditanya masalah agama maka beliau menjawab, “Tanyalah kepada Maulana Al-Hasan.”(yakni Hadrat Hasan Basri rah. Yang merupakan faqih dan sufi yang masyhur dari kalangan tabe’i. Hadrat Anas ra. Merupakan sahabat, namun beliau merujuk kepada tabe’I ini) [2]



Hadrat Abdullah Ibnu Abbas ra. Apabila ditanya masalah, beliau menyuruh bertanya kepada Jaabir ibnu Zaid ra. (yang merupakan ahli fatwa di kalangan tabe’i).[2]



Hadrat Abdullah Ibnu Umar ra.huma sendiri merupakan seorang faqih yang masyhur dari kalangan sahabat Rasulullah saw. Tetapi beliau menyuruh orang untuk menanya masalah-masalah agama kepada Sa’eed ibnu Al-Musayyib (tabe’i)[2]



Saya tidak malu untuk berkata “wallahu’alam”/tidak tahu kerana mengikut adab ulama-ulama terdahulu yang tidak malu untuk berterus-terang pada mengatakan “wallahu’alam” atau “tidak tahu” sebagaimana yang dinukilkan daripada al-maqalat al-kauthari di mana ak-khatib al-baghdadi rah. Menceritakan mengenai imam malik rah. Yang telah ditanya 48 masalah tetapi hanya dua masalah sahaja yang dijawabnya dan baki masalah yang lain dijawab dengan “wallahu’alam, la adri” (saya tidak tahu).[1]



Begitu juga perihal imam abu hanifah rah. Yang pernah ditanya 9 masalah tetapi hanya dijawab “wallahu’alam, la adri”. Jadi siapalah saya jika mahu dibandingkan dengan ulama-ulama besar tersebut (seperti langit dan bumi) di mana saya ialah insan yang baru belajar-belajar membantu dalam mengeluarkan umat daripada kegelapan.[1]



[1] Tuhfatul A'izzaa' Fi Idhahi Masa'il Dimaa' an-Nisaa' (Hadiah Untuk Insan Yang Mulia Dalam Menjelaskan Hukum Darah Wanita) ~ al-Fadhil Ustaz Mansoor bin Ismail al-Hafiz

[2] Fadhilat Sedekah ~ Syeikhul Hadits Maulana Zakariyya Al-Khandahlawi

1 comment:

Unknown said...

salam,bagus entry,menyentuh jiwa sya.....teruskan menulis...

p/s:Jemput ke blog saya,semoga saya dapat kongsi dengan tuan artikel berkaitan doa vs orang zalim di blog saya.