Maulana berkata:"keadaan pengikut-pengikut bagi nabi-nabi pada umumnya ialah apabila jarak di antara mereka dengan nabi-nabi itu hidup bertambah jauh,maka amalan-amalan agama seumpama sembahyang telah hilang hakikatnya dan hanyalah dilakukan secara adat atau upacara sahaja. Untuk memperbaiki kesalahan dan kekurangan ini, maka nabi-nabi yang baharu,muncul untuk menghapuskan gejala ini dan menyedarkan manusia supaya dapat menilai unsur asas amalan-amalan agama dan semangat yang tulin daripada syariat. Apabila nabi yang akhir iaitu Muhammad s.a.w muncul, keadaan umatnya yang merupakan penganut kepada kepercayaan ketuhanan adalah sama keadaannya, sebahagian daripada syariat yang di bawa oleh nabi-nabi mereka masih terdapat pada diri mereka, namun hanyalah merupakan suatu kumpulan upacara yang tidak ada ruh. mereka menganggap upacara-upacara ini sebagai kepercayaan agama yang benar dan hukum yang sudah diterima umum. Rasulullah saw menghapuskan upacara-upacara ini dan mengajar kebenaran dan perintah-perintah agama yang tulin.
sekarang orang islam juga telah menjadi bangsa kepada penyakit yang sama malahan bentuk amalan solat mereka pada dasarnya menurun menjadi bentuk upacara yang kosong.Lebih berat daripada itu pula pendidikan Tauhid yang sepatutnya menjadi sumber pembaikan, pada banyak bahagian menjadi sebagai adat sahaja.
Tetapi setelah rantaian kenabian tamat dan tanggungjawab demikian telah tertanggung pada ulamak yang merupakan waris nabi yang mulia ini, maka menjadi tugas mereka memberikan tumpuan yang khas untuk memperbaiki keadaan ini dan cara mengislahkannya ialah dengan memperbetulkan 'niat' kerana amalan-amalan mereka akan menjadi hanya adat apabila semangat keikhlasan dan sikap tawaduk terkeluar daripada hati mereka,maka dengan cara memperbaiki niat tuju arah amalan-amalan akan menjadi lurus dan'hakikat' akan wujud menggantikan 'adat'. Maka setiap amalan akan dilakukan dengan tawaduk dan taqwa. Ringkasnya adalah menjadi satu tugas khas ulamak dan orang-orang yang beragama sekarang ini berusaha keras meningkatkan kesungguhan dan hakikat ke dalam amalan-amalan umat dengan menarik perhatian mereka kepada 'pembetulan niat'."
di petik dari buku RIWAYAT HIDUP DAN USAHA DAKWAH MAULANA MUHAMMAD ILYAS(RAHMATULLAH 'ALAIH) oleh Syed Abul Hassan Ali An Nadwi

2 comments:
hmm
pianed, nanti kamu tengok ya dalam post ana bulan october tuh...kang kamu tak perasan pulak..nak minta pendapat bah ni...
Post a Comment