Saturday, December 6, 2008

NASIHAT MAULANA MUHAMMAD ILYAS RAH.A

Maulana berkata;”Telah ditegaskan berkali-kali di dalam al-quran dan hadis mengenai iman bahawa ianya adalah “yusr” yakni tidak ada kesukaran di dalamnya. Ianya mudah dan boleh dipatuhi oleh setiap orang. Sesuatu itu menjadi mudah menurut kadar kepentingannya terhadap iman. Kerana pembetulan niat dan juga pengabdian yang tunggal terhadap Allah merupakan perkara terpenting malahan sebenarnya adalah unsur yang paling mustahak bagi semua amalan-amalan agama, maka ianya menjadi bahagian yang paling mudah didalam iman. Dan oleh kerana pengabdian yang tunggal terhadap Allah merupakan intisari di dalam suluk (satu jalan kerohanian dalam istilah kesufian), maka suluk pun adalah perkara yang mudah. Tetapi hendaklah di ingat bahawa sesuatu itu akan menjadi mudah hanyalah apabila dilakukan mengikut kaedah yang sudah ditentukan, jika tidak maka perkara yang paling mudah pun akan menjadi sukar. Kesilapan berlaku tatkala orang menyangka bahawa begitu sukar untuk mematuhi aturan dan tertib sedangkan perkara yang biasa pun tidak dapat dilakukan sehinggalah peraturan-peraturan itu dipatuhi dan cara yang betul diikuti. Kapal laut, kereta, keretapi semuanya berfungsi menurut lunas-lunas yang telah ditetapkan, dan didalam perihal massak-memasak pun, beberapa kaedah perlu diikuti.

No comments: