Friday, December 26, 2008

MUZIK

Hukum Alat Muzik Yang Dipetik


Para fuqaha’ berselisih pendapat di dalam masalah ini dan mereka terbahagi kepada dua mazhab.


1. Pendapat yang mengharamkannya – sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu
Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-
Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi
menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya.

Dalil Mereka:
i. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau mentafsirkan (lahwul hadith) yang difirmankan di dalam surah 6 Surah
Luqman dengan alat-alat yang melalaikan, dan di antaranya ialah alat-alat muzik. Alat-alat yang dipetik tergolong di dalam
alat-alat muzik yang melalaikan.
ii. Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Ghanam, daripada Abu Malik Al-Asy’ari, beliau mendengar Nabi SAW
bersabda: “...Akan ada beberapa kaum daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik (al-ma’azif
– lafaz am yang meliputi juga alat-alat yang dipetik – pent.)” – Riwayat Bukhari; ... dan alat-alat yang dipetik adalah
sebahagian daripada alat-alat muzik yang disebut di dalam hadith berkenaan.
iii. Daripada Abu’ Umamah, sabda Nabi SAW: “.... sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat kepada sekalian
alam. Allah SWT memerintahkan aku menghapuskan alat-alat muzik dan serunai. Oleh itu tidak harus membeli hambahamba
wanita pemain alat-alat tersebut dan tidak harus menjual, mengajar dan meniagakan mereka. Begitu juga, harga
mereka adalah haram.”
iv. Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW: Ijmak : Ibnu Hajar Al-Haitami berkata, “...alat-alat yang dipetik adalah alat-alat
yang biasa digunakan oleh golongan fasiq dan maksiat. Ulamak telah berijmak pada pengharamannya. Sesiapa yang
menyangka ada khilaf pada perkara ini, sesungguhnya telah melakukan kesilapan”.
v. Dalil Aqli:
· Alat-alat tersebut menghiburkan dan melalaikan daripada zikrullah, solat dan membaca A-Qur’an. Di samping itu
berlaku juga pembaziran wang dan masa.
· Alat-alat tersebut adalah syiar golongan fasiq dan maksiat. Islam melarang meniru cara hidup golongan-golongan ini.
· Kelazatan yang dihasilkan dengan mendengar alat-alat ini boleh membawa kepada maksiat dan kefasikan.


2. Pendapat yang mengharuskan – Mereka yang berpendapat demikian ialah:

1. Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit,
Abdul Rahman bin Hassan dan Kharijah bin Zaid.
2. Said bin Musayyab, Ata’ , Sya’bi, Az-Zuhri dan kebanyakan fuqaha’ Madinah.
3. Ibnu Thahir menyatakan, “...ia adalah ijmak Ahli Madinah” (dakwaan ijmak ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Ibnu Hajar Al-
Haitami di dalam kitabnya Kaffur Ri’aa’.
4. Sebahagian fuqaha’ Maliki, tetapi mereka menghadkan pengharusan tersebut untuk upacara perkahwinan sahaja.
5. Al-Mawardi meriwayatkan keharusan penggunaan kecapi (Al-Aud) di sisi sebahagian ulamak Syafie.
6. Ibnu Hazm, Abdul Ghani An-Nablusi, As-Syazili At-Tunisi dan Idfawi mengharuskannya dengan syarat-syarat berikut:
+ Niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’
+ Tujuan yang tidak melanggar batas-batas syara’.

Dalil Mereka
i. Perbuatan sebahagian sahabat mendengar petikan kecapi dan memiliki hamba-hamba wanita pemain kecapi, sebahagian
diriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian dan Amru bin Al-‘Aas.
ii. Ijmak Ahli Madinah sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibnu Thahir Al-Maqdisi. Pendapat ini telah ditentang oleh Ibnu Hajar
yang mendakwa ia adalah rekaan dan pendustaan Ibnu Tohir semata-mata.


Wan Muhammad Wan Sulong,
Yarmouk University,
Irbid, Jordan,
16 Zulhijjah 1416H bersamaan 4 Mei 1996M.


lu pikir sendiri la.....

2 comments:

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

ok akan dipikirkan...

umuanisah said...

Assalamualaikum..
emm..jika ada sahabat yg berkongsi lagu dgn sya..
dan lagu tersebut di iringi alat2 muzik sprti petikn gitar n piano..
bagaimana ye?
salah la klu kita mendgr?
sbb sya x leh la nk fikir sendiri..
ilmu kurng sgt2.
dh baca artikel kt ats tu pn... sya x dpt nk pastikn hukum yg sebenr2nya yg d tuntt o Islam.
hrp membantu :)