Tuesday, January 27, 2009

Menangisi Si Mati Adalah Dibenarkan.

 

Nabi saw telah memerintahkan supaya ummahnya mengucapkan:

Maksudnya:”Dari Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali dan supaya tetap redha dan berpuas hati dengan kehendak Allah.”

                Arahan-arahan ini tidaklah bertentangan dengan mengalirkan air mata dan mempunyai hati yang sedih. Berhubung dengan inilah bahawa disamping baginda sentiasa berasa redha dengan kehendak Allah dan memuji-Nya sepenuhnya, bahawa apabila anaknya yang dikasihi iaitu Ibrahim meninggal dunia, baginda sangat terkesan hinggakan baginda tidak dapat menahan air matanya dari mengalir, walaupun hatinya tunduk pasrah kepada kehendak Allah dan lidahnya basah dengan Zikrullah.(uswah rasool e akram)

Hazrat Anas ra telah melaporkan: kami pergi bersama Rasulullah saw untuk melawat Abu Saif si tukang besi yang merupakan suami Khaulah Binti Munzir, penjaga anaknya Ibrahim yang menurut adat masih tinggal dengan penjaganya. Baginda menimang anaknya, menciumnya dan menggosokkan hidungnya kepada pipi anaknya, sebagaimana dilakukan apabila menggomol anak kecil. Kami telah pergi untuk melawatnya kemudian apabila Ibrahim telah meninggal dunia dan air mata mula mengalir di mata Rasulullah saw yang mana Abdul Rahman bin Auf ra berkata kepadanya:”Tuan juga, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Ibnu Auf, ia adalah kasih saying”,maka air mata baginda mengalir dan bersabda,”Air mata mengalir dan hati bersedih, tetapi kami hanya ucapkan apa yang Tuhan kami redha dengan (iaitu Dari Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali) dan bersedih di atas perpisahan denganmu, wahai Ibrahim.”(Bukhari, Muslim, Maariful Hadis)

 

PERHATIAN: MERATAP ADALAH DILARANG

 

 

5 comments:

KiTa_KaWaN said...

tangisan itu satu anugerah..

ditangisi juga satu anugerah..

kerana pemergiannya dirindui...lantaran jasanya dikenang..

semoga yang ditangisi itu tenang, tatkala berhadapan tika persoalan amalan...

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

ya...hmmm ana nak tanya, if tiba2 menangis kerana rindu?terutama time habis solat...(dalam doa)

PIANED said...

rasanya xpala la...nabi pun pernah doa supaya Allah x salahkannya dalam perkara yang d luar kawalannya

PIANED said...

tangisan yang indah itu di hadapan ALLAH

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

jazakallahukhairon...