KEJAYAAN MANUSIA DALAM AGAMA TAAT PERINTAH ALLAH S.W.T, IKUT CARA NABI MUHAMMAD S.A.W........(‘Aye Musalmano! Musalman bano’)
Thursday, March 31, 2011
HADITS DHO’IF
Wednesday, March 30, 2011
Kalam/perkataan Imam Syafie Yang Disalah gunakan
Imam Syafie ada menyatakan :
Apabila hadith itu sahih maka itulah mazhabkuPenjelasan :
Apa yang telah diucapkan oleh Imam Asy Syafie bahawa bila hadith itu sahih maka itulah mazhabnya. Ini bukan bererti bahawa kalau melihat suatu hadith sahih seseorang itu boleh menyatakan bahawa itu adalah mazhab syafie dan boleh diamalkan menurut zahirnya.
Apa yang tersebut di atas hanya ditujukan bagi orang yang sudah mencapai darjat ijtihad dalam mazhab Syafie sebagaimana telah kami terangkan sifat-sifatnya atau yang mendekati sifat tersebut.
Adapun syaratnya ialah ia harus mempunyai sangkaan yang kuat bahawa Imam Syafie rahimahuLLah belum pernah menemukan hadith tersebut atau tidak mengetahui kalau hadith itu sahih.
Untuk mengetahui hal ini, ia harus menelaah semua kitab Imam Asy Syafie dan kitab-kitab para ulama pengikutnya. Sudah tentu syarat ini sangat sulit dan jarang dapat dipenuhi. Adapun diisyaratkan demikian kerena Imam Syafie RahimahuLLah sendiri sering meninggalkan (tidak mengamalkan) hadith-hadith yang telah dilihat dan diketahuinya dan menurut pendapatnya bahawa hadith tersebut cacat dalam riwayatnya. atau maknanya sudah dinasakh, ditakhsis, ditakwil atau sebab lainnya.
Al Majmu' Syarah Al Muhazzab, Jilid I, hlm 64.
Saturday, March 19, 2011
Friday, March 18, 2011
Wanita Keluar untuk Berjihad disamping lelaki
Wanita-wanita yang keluar bersama itu adalah untuk merawat pejuang-pejuang yang luka dan memberi minum kepada mereka yang kehausan. Ini telahpun thabit adanya dalam hadith sahih, terdapat wanita-wanita dalam beberapa ghazwah. Namun kehadiran mereka bukan untuk bertarung, tidak thabit dalam sunnah, walaupun imam bukhari menyebutkannya dalam “kitabul-jihad” dalam bab “Ghazwah-Nisa’ wa Qitaluha ma’ar rijal”, di mana hadith-hadith dalam bab itu tidak pun menyebutkan wanita-wanita mengambil bahagian bertempur bersama orang-orang lelaki. Ibn Hajar mengulas perkara ini katanya : “Saya tidak dapati satu hadith pun (yakni dari hadith-hadith yang terdapat dalam bab tersebut) kenyataan yang menunjukkan wanita-wanita bertempur”.(Fathul Bari)
Adapun yang disebutkan oleh para fuqaha’ dalam hokum wanita keluar berperang itu ialah sekiranya musuh telah menceroboh dan menyerang negeri muslimin – maka wajiblah semua penduduk negeri itu termasuk wanita-wanitanya, berperang untuk mempertahankannya. Itupun setelah diteliti dan mempastikan berbuat demikian, maka barulah harus, jika tidak maka tidak disyariatkan.(Mughnil Muhtaj)
Adapun ‘Ummu Salim yang membawa khanjar seperti kisah Ghazwah Hunain itu hanya untuk mempertahankan dirinya semata-mata seperti katanya sendiri(*Khanjar yang saya bawa ini kiranya ada sesiapa Musyrikin yang hampir kepada saya, akan saya buraikan perutnya dengan khanjar ini).
Mengenai masalah ini juga terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lainnya daripada ‘Aishah bahawa beliau telah meminta izin daripada Rasulullah untuk mengambil bahagian dalam jihad (perang). Lalu jawab Rasulullah : “Jihad kamu (orang-orang perempuan) ialah mengerjakan haji”. Maksud jihad yang diminta oleh ‘Aishah itu ialah mengambil bahagian dalam pertempuran atau berbunuhan tetapi tidak dibenarkan oleh Rasulullah. Sebaliknya mereka dibenarkan (disyariatkan) hadhir dalam peperangan ialah untuk merawat orang-orang luka atau memberi perkhidmatan yang seumpamanya, itupun bila sudah cukup syarat-syaratnya, mengikut kata sepakat para ulama. Wanita yang keluar bersama lelaki untuk berjihad perang disyaratkan dalam keadaan bertudung, terkawal dengan lengkap. Juga hendaklah keluarnya itu kerana hajatnya yang hakiki untuk itu, jika tidak keluarnya itu boleh membawa kepada terjatuhnya ke dalam perkara-perkara yang diharamkan.
Yang penting untuk anda tahu, bahawa ‘Ahkamul-Islamiyyah’(hukum-hukum Islam) mempunyai hubungan kait mengait antara satu dengan yang lain. Oleh itu tidaklah sepatutnya dipilih hokum yang disetujui oleh kehendak-kehendak nafsu sahaja untuk sebab-sebab yang tertentu dengan mengenepikan hokum dan kewajiban yang lain yang ada kaitan dan hubungan dengannya. Langkah seperti itu adalah salah. Malah tepat menjadi sasaran teguran Allah dalam firmannya,
‘Apakah kamu beriman dengan sebahagian (ayat) kitab sahaja, dan kamu kufurkan (engkar) terhadap sebahagian (ayat yang lainnya)? Maka balasannya terhadap orang-orang yang berbuat begitu dalam kalangan kamu tidak lain daripada kecelaan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Qiamat mereka ditolakkan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak (sekali-kali) lalai dari apa yang kamu lakukan’(Surah Al-Baqarah: ayat 85)
Di antara penyelewengan dan putar belit penipuan yang buruk sekali terhadap ugama Allah yang sengaja dilakukan oleh setengah-setengah manusia untuk beberapa tujuan dan kehendak-kehendak keduniaan yang tidak bernilai, ialah memetik Fatwa Syar’iyyah yang diminta dari mereka. Lalu mereka pun memotong dan membuang segala kaedah dan syarat dan apa saja yang berkaitan untuk menyempurnakan hukum yang difatwakan, hingga terbitlah hukum yang difatwakan itu sesuai dan sejajar dengan yang diminta darinya. Hal yang demikian sering berlaku kerana mereka tunduk kepada kehendak-kehendak nafsu orang-orang tertentu.
Kemudian mereka pun mengemukakan fatwa-fatwa itu dengan cara paling licin tetapi bersifat munafiq!...
Rujukan : Fiqh Al-Sirah ~ Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti
Nota: orang awam jangan pula pandai2 nak tuduh ulama tu munafiq, ulama tu su’, ulama dunia la…itu kerja ulama…hanya ulama yang lain sahaja boleh mengemukakan perkara itu kerana mereka ada neraca untuk mengukur…dibawah ini disertakan hadis2 mengenai jihad wanita…
Thabarani memberitakan dari Ummu Sulaim ra. dia berkata: Pernah Rasulullah SAW keluar berjihad dan ikut bersamanya sebilangan kaum wanita dari kaum Anshar, maka merekalah yang memberikan minum kepada orang-orang yang sakit, memberi obat kepada orang-orang yang luka-luka. (Majmauz-Zawa'id 5:324)
Muslim dan Termidzi telah memberitakan dari Anas ra. dia berkata: Pernah Rasulullah SAW keluar berjihad dengan membawa Ummu Sulaim ra. dan beberapa orang wanita dari kaum Anshar yang ditugaskan untuk menyediakan air minum dan menguruskan orang-orang yang luka-luka dalam peperangan.
Bukhari telah mengeluarkan berita dari Ar-Rabik binti Mu'awwidz ra. dia berkata: Kami pernah ikut Nabi SAW keluar berjihad, lalu kamilah yang menguruskan luka-luka para pejuang, dan mengangkat orang-orang yang gugur syahid ke kemah kami. Suatu berita lain darinya juga, katanya: Kami pernah keluar dengan Nabi SAW ke medan perang, dan kamilah yang memberikan minum kepada para pejuang, menguruskan semua keperluan mereka, dan mengangkat mereka yang mati terbunuh atau yang luka kembali ke Madinah.
Imam Ahmad, Muslim, dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Ummu Athiyah Al-Anshariyah ra. dia berkata: Aku pernah keluar belihad bersama-sama Rasulullah SAW sebanyak tujuh peperangan, aku menjaga kemah-kemah mereka, memasak makanan buat mereka, mengobati orang-orang yang luka, dan membantu orang- orang tua yang sudah tidak terdaya lagi. (Al-Muntaqa)
Thabarani meriwayatkan dari Laila Al-Ghifariyah ra. dia berkata: Aku pernah keluar berjihad bersama Rasulullah SAW dan aku mengobati orang-orang yang luka. (Maima'uz-Zawa'id 5:32,4)
Bukhari telah memberitakan dari Anas ra. dia berkata: Pada hari peperangan Uhud ramai orang Islam yang terkocar-kacir dan terpisah dari Nabi SAW Dan aku lihat Aisyah binti Abu Bakar rha dan Ummu Sulaim rha. tergesa-gesa membawa kantung Qirbah (terbuat dari kulit kambing) yang berisi air, memberi minum orang-orang yang dahaga dalam pertempuran itu. Sesudah habis mereka pergi lagi mengisi air dan memberi minum kepada tentara Islam yang berperang itu. (Baihaqi 9:30)
Bukhari telah memberitakan dari Tsaklabah bin Abu Malik ra. bahwa Umar bin Al-Khatthab ra. telah membagi-bagikan kain antara kaum wanita, dan ada sisa sepotong kain yang agak baik sedikit, maka berkata orang-orang yang di sisi Khalifah Umar ra.: Wahai Amirul Mukminin! Kain potong yang lebih ini berikanlah kepada cucunda Rasulullah SAW yang menjadi isterimu - maksudnya Ummu Kultsum binti Ali ra. Tetapi mereka dijawab oleh Khalifah Umar ra.: Ummu Sulaith lebih berhak darinya (Ummu Kultsum), dan Ummu Sulaim seorang wanita Anshar, di antara yang membaiat Rasulullah SAW. Tambah Umar ra. lagi: Karena dia pernah memberi kita minum pada hari peperangan Uhud. (Kanzul Ummal 7:97)
Thabarani telah memberitakan dari Ummi Kabsyah ra. yaitu seorang wanita dari suku kaum Adzirah, yakni Adzirah Bani Qudha'ah, bahwa dia telah berkata: "Wahai Rasulullah! Bolehkah tidak aku keluar berjihad dengan tentera ini dan itu?" tanya Ummi Kabsyah. "Tidak boleh!" jawab Beliau pendek saja. "Aku bukan hendak berperang, tetapi aku dapat menolong mengobati orang yang luka, yang sakit, atau barangkali dapat memberi minum orang yang sakit dan mengurusnya!", pinta Ummi Kabsyah lagi. "Kalaulah tidak nanti orang ramai heboh mengatakan si fulanah itu keluar berperang, niscaya aku akan mengizinkanmu", jawab Nabi SAW. "Tetapi sebaiknya, engkau tinggal di rumah saja!" pesan Nabi SAW lagi. (Majma'uz-Zawa'id 5:323)
Bazzar telah memberitakan dari Abdullah bin Abbas ra. dia berkata: Dalam suatu peristiwa telah datang seorang wanita kepada Nabi SAW sebagai wakil dari kaum wanita lain, lalu berbicara kepada Beliau, katanya: "Wahai Rasulullah! Aku ini sebagai utusan dari kaum wanita untuk bertanya tentang jihad. Dia telah diwajibkan ke atas kaum lelaki saja, jika mereka mendapat kemenangan akan diberikan pahala yang besar, dan jika mereka terbunuh dianggap hidup di sisi Tuhan mereka dengan diberikan berbagai-bagai rezeki dan kurnia. Kami kaum wanita yang bersusah payah mengurus segala keperluan mereka apa yang kami dapat?!"
Jawab Nabi SAW: "Sampaikanlah berita ini kepada siapa saja yang engkau temui dari kaum wanita, bahwa taat kepada suami dan mengakui hak suami itu adalah setimpal dengan pahala jihad, malangnya sangat sedikit di antara kamu yang dapat melaksanakannya". (Riwayat Bazzar)
Manakala Thabarani meriwayatkan cerita yang sama, tetapi sedikit panjang dari yang di atas tadi, katanya: Kemudian telah datang kepada Nabi SAW seorang wanita, lalu berkata: "Aku ini adalah utusan kaum wanita yang diutus kepadamu, dan siapa saja di antara mereka, yang tahu ataupun yang tidak tahu, semua mereka inginkan aku datang kepadamu dan berbicara denganmu. Bukankah Allah itu Tuhan kaum lelaki dan kaum wanita, dan engkau pula adalah Utusan Allah kepada kaum lelaki dan kaum wanita?! Allah telah mewajibkan jibad ke atas kaum lelaki, maka jika mereka menang mereka diberikan pahala yang besar, dan jika mereka mati syahid mereka akan tinggal di sisi Tuhan, mereka menikmati rezeki dan kurnia-Nya. Apa yang dapat menyamai pahala amalan mereka itu dari ketaaatan kami kepada mereka?"
Jawab Nabi SAW: "Bila kaum wanita itu mentaati suami mereka, dan mengenal hak-haknya. Tetapi malangnya, sangat sedikit sekali mereka yang dapat berbuat seperti itu". (At-Targhib Wat-Tarhib 3:336)
Rujukan : Hayatus Sahabah ~ Syeikh Maulana Muhammad Yusuf Al-Khandahlawi
Wednesday, March 16, 2011
Manner of standing in the saff (rows of the jamaah)
Sunday, March 13, 2011
Ghazwa-e-Hind?
Saturday, March 12, 2011
Kenikmatan Syurga
Saidina Anas radhiallahu anhu berkata, Saidina Rasulullah salallahu alaihi wassallam bersabda, “Jika seorang perempuan dari kalangan wanita syurga menjeling kearah dunia, ia akan menerangi segala sesuatu di antara langit dan bumi. Ia akan juga memenuhinya dengan haruman. Penutup yang terdapat di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya.”(Bukhari, Mishkat)
Saidina Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata, saidina Rasulullah salallahu alaihi wassalam bersabda : “terdapat sebatang pokok di dalam syurga yang di mana seorang penunggang (kuda) yang terpantas tidak dapat sampai ke penghujung bayangnya selama seratus tahun.”(Mutaffaqun alaihi, Mishkaat)
Saidina Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata, daku berkata: “wahai Rasulullah, bagaimanakah bentuk syurga nanti? Baginda bersabda : “satu bata daripada emas dan satu yang lain(berselang seli) dari perak. Ikatannya terdiri daripada kasturi yang suci, batu kerikilnya daripada mutiara dan yakut, dan tanahnya daripada za’faran.”(Ahmad, Tirmizi, Darimi, Mishkaat)
Saidina Abu Hurairah radhiallahu anhu juga meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah salallahu alaihi wassallam bersabda : “tiada satu pokok pun di dalam syurga, melainkan dahan-dahannya terdiri daripada emas.”(tirmizi, mishkaat)
Saidina Rasulullah salallahu alaihi wassallam bersabda : “terdapat mahkota pada penghuni syurga, jenis mutiara yang paling biasa akan bergemerlapan di antara timur dan barat.”(tirmizi, mishkaat)
Saidina Hakim bin Muawiyah radhiallahu anhu berkata, Saidina Rasulullah salallahu alaihi wassallam bersabda : “di dalam syurga terdapat lautan air, lautan madu, lautan susu dan lautan arak. Dari ini (lautan-lautan) mengalirnya sungai-sungai.”(Tirmizi, Mishkaat)
Saidina Jabir rahiallahu anhu melaporkan dari Nabi salallahu alaihi wassallam bahawa : “penghuni syurga akan menikmati rahmat dan kenikmatan. Tiba-tiba, satu nur(cahaya) akan naik di hadapan mereka. Mereka akan mengangkat kepala dan melihat Allahu subhanahu wataala tajalli di hadapan mereka. Akan dikatakan : “Assalamualaikum wahai penghuni syurga”. Ini juga merupakan tafsir ayat: “Ucapan dari Tuhan yang Maha Pengasih (kepada mereka) ialah: Salam!(surah yaasin:57) Allah taala akan melihat mereka dan mereka akan melihat Allah taala. Semasa mereka melihat wajah Allah taala mereka tidak akan memandang kearah nikmat yang lain dan keredhaan hingga Dia menutup hijab Dirinya. Nur (cahaya)nya akan tetap berkekalan.”(Ibnu Majah, Mishkaat)
Rujukan : Rindu Kepada Akhirat - Maulana Ashraf Ali Thanwi (rah.)