Saturday, March 12, 2011

Kenikmatan Syurga

Saidina Anas radhiallahu anhu berkata, Saidina Rasulullah salallahu alaihi wassallam bersabda, “Jika seorang perempuan dari kalangan wanita syurga menjeling kearah dunia, ia akan menerangi segala sesuatu di antara langit dan bumi. Ia akan juga memenuhinya dengan haruman. Penutup yang terdapat di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya.”(Bukhari, Mishkat)


Saidina Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata, saidina Rasulullah salallahu alaihi wassalam bersabda : “terdapat sebatang pokok di dalam syurga yang di mana seorang penunggang (kuda) yang terpantas tidak dapat sampai ke penghujung bayangnya selama seratus tahun.”(Mutaffaqun alaihi, Mishkaat)


Saidina Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata, daku berkata: “wahai Rasulullah, bagaimanakah bentuk syurga nanti? Baginda bersabda : “satu bata daripada emas dan satu yang lain(berselang seli) dari perak. Ikatannya terdiri daripada kasturi yang suci, batu kerikilnya daripada mutiara dan yakut, dan tanahnya daripada za’faran.”(Ahmad, Tirmizi, Darimi, Mishkaat)


Saidina Abu Hurairah radhiallahu anhu juga meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah salallahu alaihi wassallam bersabda : “tiada satu pokok pun di dalam syurga, melainkan dahan-dahannya terdiri daripada emas.”(tirmizi, mishkaat)


Saidina Rasulullah salallahu alaihi wassallam bersabda : “terdapat mahkota pada penghuni syurga, jenis mutiara yang paling biasa akan bergemerlapan di antara timur dan barat.”(tirmizi, mishkaat)


Saidina Hakim bin Muawiyah radhiallahu anhu berkata, Saidina Rasulullah salallahu alaihi wassallam bersabda : “di dalam syurga terdapat lautan air, lautan madu, lautan susu dan lautan arak. Dari ini (lautan-lautan) mengalirnya sungai-sungai.”(Tirmizi, Mishkaat)


Saidina Jabir rahiallahu anhu melaporkan dari Nabi salallahu alaihi wassallam bahawa : “penghuni syurga akan menikmati rahmat dan kenikmatan. Tiba-tiba, satu nur(cahaya) akan naik di hadapan mereka. Mereka akan mengangkat kepala dan melihat Allahu subhanahu wataala tajalli di hadapan mereka. Akan dikatakan : “Assalamualaikum wahai penghuni syurga”. Ini juga merupakan tafsir ayat: “Ucapan dari Tuhan yang Maha Pengasih (kepada mereka) ialah: Salam!(surah yaasin:57) Allah taala akan melihat mereka dan mereka akan melihat Allah taala. Semasa mereka melihat wajah Allah taala mereka tidak akan memandang kearah nikmat yang lain dan keredhaan hingga Dia menutup hijab Dirinya. Nur (cahaya)nya akan tetap berkekalan.”(Ibnu Majah, Mishkaat)


Rujukan : Rindu Kepada Akhirat - Maulana Ashraf Ali Thanwi (rah.)

1 comment:

Norsha said...

Ya Allah, tak terbayang nikmatnya syurga.....sungguh mempesona....