Saturday, October 2, 2010

Hadiah Untuk Wanita Yang Beriman

Apakah yang dimaksud dengan “wanita itu fitnah”?


Wanita itu fitnah adalah sesuai dengan sabda Rasulullah saw., “sesungguhnya dunia ini sangat manis dan indah(menarik perhatian) dan Allah menyerahkannya kepadamu untuk dilihat bagaimana kamu berbuat. Kerana itu, berhati-hatilah dalam dunia dan berhati-hatilah dari wanita. Sesungguhnya pertama fitnah (ujian) Bani Isra’il terjadi dari wanita(HR Muslim)

Oleh kerana itu, fitnahnya wanita adalah apabila kaum lelaki atau para suami dan ayah tidak mengajarkan agama dan pendidikan akhlak kepada kaum wanitanya. Maka pada saat itu, kaum wanita akan menjadi bahan ujian-ujian yang berat bagi kaum lelaki dalam melaksanakan agama di dunia ini. Demikian sering Allah dan Rasul-Nya mengingatkan hal ini.

Bagaimana agama mengatur masalah pergaulan antara lelaki dan wanita? Sabda Nabi saw., “Aku tidak meninggalkan suatu fitnah sepeninggalku yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain wanita.”(HR Bukhari, Muslim).

Ibnu Jauzi mengatakan bahawa lelaki dapat tergoda wanita dan wanita pun demikian. Oleh kerana itu, sebaiknya laki-laki dewasa menjauhkan diri dari wanita dewasa dan sebaliknya. Bahkan, pergaulan dengan saudara ipar sendiri pun dikatakan bahaya menurut Nabi saw..

Sebahagian solehin berkata, “Lebih baik menjaga amanat baitul mal untuk beberapa lama, daripada harus menjaga amanat seorang wanita kulit hitam dan berdekatan dengannya walau hanya untuk satu jam.”

Rujukan : Lelaki Soleh, Mu’amalah, Mu’asyarah & Akhlak – Ust. H.A Abdurrahman Ahmad As-Sirbuni, Pondok Ar-Royyan, Cirebon

No comments: