Thursday, April 14, 2011

Siapa yang rugi?

SURAH AL 'ASHR (MASA)

  1. Demi masa.
  2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
  3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

Ash-Shafi’I berkata, “sekiranya manusia merenungkan surah ini, ia sudah mencukupi untuk mereka.”(terjemahan bebas dari Abridged Tafsir Ibn Kathir)


Tuan Guru Haji Salleh muhajir makki menerangkan seperti berikut tentang tafsir surah ini,


"Allah sendiri bersumpah dengan 'masa'

bahawa semua manusia sama ada kaya atau miskin, raja atau hamba....

semuanya dalam kerugian. Rugi! Rugi! Rugi!


Kecuali, orang yang ada iman!

Tapi iman sahaja 'tak cukup, kena ada amal soleh.


Ada dua 'tu sahaja 'tak cukup, kena pula tawasau-bil-haq (berpesan-pesan dengan perkara yang haq). Tawasau-bil-haq inilah kerja dakwah.

Ada tiga 'tu juga masih rugi, kena pula tawasau-bis-sabr (berpesan-pesan dengan kesabaran). Sabar ialah kepala iman.

Ada keempat-empat 'ni, barulah tidak rugi!"



Hal ini juga diterangkan oleh Ustaz Lutfi al-banjari dengan perbezaan sedikit.

5 comments:

hariz chacho said...

Salam.

Maulana hazim mazhari pun ada bagitau, sesiapa yang tidak bersifat dengan 4 sifat ni, maka dialah orang paling rugi kerana Allah sendiri yang bersumpah demi masa bahawa dia rugi. Allah tak perlu pada sumpah, kerana perkataan Allah semuanya hak. tetapi untuk jelaskan kepada manusia tentang satu perkara yang sangat penting. sebab itu Allah bersumpah demi masa.

wallahu a'lam

PIANED said...

wassalam...

benar tuan...jazakallah atas tambahannya....

fuad ansari said...

Salah ziarah..

Terima kasih atas perkongsian..

Jika difikir2, aku merasakan bahawasanya telah terlalu banyak masa yang aku habiskan dengan sia-sia.. T_T

PIANED said...

tuan fuad :

salah ziarah ya?huhuhu
dinukilkan dari ustaz gunawan aziz dari tuan guru haji salleh berpesan :

"Manusia mempunyai empat jenis masa:

Masa taat
Masa maksiat
Masa sihat
Masa bala' (musibah)
Semasa dalam taat, maka hendaklah dia nafikan bahawa taat itu sebab kelebihan dirinya, tetapi hanya semata-mata limpah taufik nikmat daripada Allah.

Semasa jatuh dalam maksiat, maka kena banyak istighfar.

Semasa sihat, kena syukur.

Semasa bala', kena sabar. Sabar adalah kepala iman. Al-Huzn (terlalu berduka lara) adalah musuh orang Islam."

umu6point said...

Assalamualaikum tuan..

hadis Rasulullah SAW
“ Bahawa masa itu Ibarat pedang yang tajam, Jika kamu tidak memotongnya maka kamu akan dipotongnya “

Tiada tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku adalah termasuk golongan orang-orang yang zalim..