Wednesday, December 22, 2010

Bagaimana Sebaiknya Wanita Berjalan?

Salah satu adab bagi wanita ketika keluar dari rumah mereka adalah berjalan secara terpisah dari kaum lelaki. Cara terbaik untuk melakukannya ialah berjalan pada tepian jalan.


Dari Abu Usaid ra. Melaporkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. keluar dari masjid. Di jalan, lelaki dan wanita berjalan dengan sangat berdekatan. Ketika Nabi saw. melihat hal ini, beliau bersabda, “wahai wanita-wanita, mundurlah ke belakang! Kalian dapat berjalan di tepi jalan daripada berjalan di tengah-tengah.(Hr Abu Dawud, Baihaqi)

Perawi meriwayatkan bahwa setelah kejadian itu, para wanita menjadi sangat berhati-hati ketika berjalan pada tepian jalan sehingga pakaian mereka bergesekan dengan tembok di sepanjang jalan.”


Anas bin Malik meriwayatkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. pergi ke suatu tempat. Di jalan, ada seorang wanita berjalan di depannya. Nabi saw. meminta wanita itu agar berjalan di bagian tepinya. Wanita itu menjawab, “Tetapi jalannya cukup lebar.” Para Sahabat agak marah mendengar jawaban wanita itu. Rasulullah saw. bersabda kepada mereka, “Tinggalkan ia seorang diri, sesungguhnya ia adalah seorang pembangkang.”(Jami’ul Ushul)


Dalam hadis lain, Abdullah bin Umar ra. Meriwayatkan bahwa Nabi saw. melarang seorang lelaki yang berjalan di antara dua wanita.”(Hr Abu Dawud)


Rujukan : Hijab Wanita Muslimah – Dr. Muhammad Ismail M.


* sebahagian orang kadang dengan ilmu mereka memutar belit agama, dalam hadis tidak boleh berdua2an, jadi mereka berjalan beramai2 untuk dating, sedangkan adab ialah berjalan secara terpisah....banyak orang yang ada ilmu sikit yang memutarbelitkannya...kerana hanya beberapa hadis sahaja yang mereka pernah jumpa...ikut ulama insyaAllah selamat kerana mereka telah membaca banyak hadis....barulah mereka menyimpulkan....

Saturday, November 27, 2010

Menjaga Faraj

(Adapun faraj) maka engkau peliharakan akan dia daripada tiap-tiap yang diharamkan akan dia oleh Allah taala. Dan jadikan dirimu seperti yang dikatakan oleh Allah taala di dalam al-Quran dengan firmannya :


Ertinya : “Dan mereka itu yang memeliharakan akan faraj mereka melainkan atas isteri mereka itu atau gundik mereka itu. Maka sesungguhnya mereka itu tiada dicela oleh syara’” Al-Mukminun : 6-5



(syahdan) dan engkau tiada kuasa memelihara akan faraj itu melainkan dengan memeliharakan empat perkara :


(pertama) memeliharakan mata daripada melihat akan perempuan yang helat (ajnabiah). Kata Imam al-Ghazali rahimahullahu taala di dalam “Ihya ulumiddin” :


Ertinya : “Barangsiapa tiada memeliharakan ia akan matanya nescaya tiada dapat ia memelihara akan zakarnya. Dan barangsiapa tiada kuasa atas memejamkan akan matanya nescaya tiada kuasa ia atas memelihara akan agamanya. Dan zina mata itu iaitu daripada sebesar-besar dosa kecil yang membawa kepada zina faraj”.


(kedua) memeliharakan akan hati daripada memikirkan akan perempuan yang helat.


(ketiga) memeliharakan akan perut daripada memakan yang syubhah.


(keempat) memeliharakan perut daripada sangat kenyang, kerana sekalian yang demikian itu menggerakkan akan syahwat.



Rujukan : Hidayatus Salikin Fi suluki malakil-muttaqin ~ Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani

Friday, November 19, 2010

Antara Disiplin Pertunangan Dalam Islam

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini


Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.


Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak.


Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-


1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :


Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).


Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).

Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)


2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.


Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :

Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).


Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).


Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)


3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :

Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).


Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)


4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)


5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.


6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.


7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini.

Sekian, Wallahu'alam.


Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Disember 2006


source : http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/212-antara-displin-islam-dalam-pertunangan.html#comment-20971


* hari ini bukan sahaja disiplin ini di langgar malah, belum kahwin pun dah bersayang2, inikan salah satu benda menaikkan nafsu, hari2 ber"sms" entah apa yang di bicarakan sekadar memuaskan keinginan, dating jangan cakaplah, berlambak orang dating di luar sana...


* boleh berjumpa ditemani mahram yang thiqah, bukan yang spoting kamu buat apa2 pun tak kisah...

Thursday, October 21, 2010

A Humble Appeal to the Christians

To my christian friends...just sharing to you....

Wednesday, October 13, 2010

Himpunan Fatwa Tentang "couple"

COURTING BEFORE MARRIAGE (Madresa MASEEHUL-ULOOM)

Another form of contact between non-mehram male and
female is the common practice of courting between the boy and
his fiance. It must be well understood that this form of liaison is
haraam.

Almighty Allah says: “Lawful to you in marriage are
chaste women from the believers.........when you have given
their due dowry, desiring chastity, not committing illegal
sexual intercourse, nor taking them as girl-friends.....” (Surah
Maa-idah, verse 5)
Elsewhere Allah Ta’~la states: “.....they (the slave-girls) should
be chaste, not committing illegal sex, nor taking boy-friends...”
These verses effectively prohibit such courtship and illicit
romance.

Islam has allowed the prospective husband to look at the face
of the girl he intends proposing to. Rasoolullah (sallallahu alayhi
wasallam) told Hazrat Mugheera bin Shu’bah (sallallahu alayhi
wasallam), when he proposed to a girl: “Look at her, for this is more
conducive to compatibility between you.” (Narrated by Tirmizhiand Nasaai, Raddul-Muhtaar)
Taking the above verses and hadeeth in conjunction, it is clear that while a man is allowed to
look at the woman proposed to, further contact is not permissible.
There is a misconception among our youth, that since the boy and
girl are engaged to be married, they may as well communicate and
court each other. Such reasoning is obviously contrary to Islam. It
appears that this false notion has been bred by the kuffar practice
of engagements, emulated so irrationally by our Muslims. Once
the couple have engaged, it seems as if they have licence to
indulge each other freely and with scant respect for hijaab. Let it
be made clear, that as long as marriage has not been contracted,
the boy and girl are still strangers (non-mehram) to each other,
hence all laws of hijaab will still apply. They are not allowed to
speak to each other telephonically or otherwise, nor to write to
each other. For this reason we encourage the nikah to be
conducted soon after the proposal has been accepted.

Reference :A study in Islamic Culture for women
Prepared and researched by
Madresa MASEEHUL-ULOOM
P. O. Box 8072
Schauderville 6060
Port Elizabeth - South Africa


Hukum Berpacaran Sebelum Kahwin ( Lembaga Fatwa Mesir )

Judul : Akhlak

Pertanyaan : Assalamualaikum... adakah seseorang itu boleh berpacaran/bercinta sebelum menikah?

Jawaban : Tidak dibolehkan berpacaran/bercinta sebelum menikah

Fatwa Dewan Fatwa

Sumber : Lembaga Fatwa Mesir, http://www.dar-alifta.org/f.aspx?ID=957907


Hukum Couple Menurut Ulama Arab

Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat Quran dan hadis,maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram,kerana beberapa sebab berikut:



1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2.Orang yang bercouple tidak akan mungkin menjaga hijab.

3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya,baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita,meskipun itu hanya berjabat tangan.

6.Orang yang bercouple boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.



(Mesti ada salah satu daripada 6 tu pada diri kita)



Dalam kamus bercouple,hal2 tersebut adalah lumrah dilakukan,padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya,apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?



Fatwa Ulama

Syaikh Muhammad Bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.

Jawab beliau:Jika hubungan itu sebelum nikah,baik sudah lamaran atau belum,maka hukumnya adalah haram,kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing(bukan mahramnya)baik melalui ucapan,memandang atau berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya,dan janganlah seseorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya.



Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya:Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya,yang pada akhirnya mereka saling mencintai,apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau:Perbuatan itu tidak diperbolehkan,kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya,serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan,yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji.Maka dinasihatkan kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-menyurat,pembicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.



Syaikh Jibrin juga ditanya:Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum bernikah?

Jawab beliau:Tidak boleh berbicara dengan wanita asing(bukan mahram)dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,seperti rayuan atau mendayukan suara(baik melalui telefon atau lain2).



Sebagaimana firman Allah SWT:Dan janganlah kalian melembutkan suara,sehingga berkeinginanorang yang berpenyakit di dalam hatinya.

(Al-Ahzab:32)



Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan,maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah,akan tetapi hanya sekadar keperluan.



Syubhat dan Jawapan yang Sebenarnya



Pengharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari.Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat kukuh,antaranya:



1."Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram,kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan islam,tanpa melanggar syariat."



Jawapan 1:"Istilah bercouple berlandaskan islam itu cuma ada dalam khayalan,dan tidak pernah ada wujudnya.Anggap sahajalah mereka boleh menghindari khalwat,tidak bersentuhan serta menutup aurat.Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang,atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh."



2."Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,perlu untuk mengenal terlebih dulu calon pasangan hidupnya,fizikal,sifat,yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple,kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum bernikah akan jauh lebih ringan daripada kalu terjadi sebelum bernikah."



Jawapan 2:"Memang,mengenal fizikal dan sifat calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sbelum memasuki alam pernikahan,agar tidak ada penyesalan di kemudian hari.Namun tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haram.


Title Hi, I would like to know if it's haram to have a boyfriend?(Mufti Ebrahim Desai)

Fatwa # 17542 from United States Date: Wednesday, February 18th 2009
Category

Inviting to Islam
Title
Hi, I would like to know if it's haram to have a boyfriend?, and Can you please pray for my dad to get out of jail?

Question
Hi, I would like to know if it's haram to have a boyfriend?, and Can you please pray for my dad to get out of jail?

Answer


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Assalaamu `alaykum waRahmatullahi Wabarakatuh

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

We acknowledge receipt of your enquiries and the response follows hereunder:

Fornication has become a common place occurrence within the Muslim Youth community, and the Muslim girls and boys have sadly fallen prey to the snares of Western society. In Islam, there is no such thing as a girlfriend-boyfriend relationship.

Furthermore, if a girl or boy enters into a girlfriend-boyfriend relationship then he/she is entering into a pre-marital relationship which is Haraam. We need to understand that that pre-marital relationship is like the extra-marital relationships, or what is commonly known as adultery or 'an affair'.

Islam has taken a firm and decisive stance against Zina (fornication or adultery). Allah Ta’ala commands in explicit and unequivocal words:

[وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلاً]

“And come not near unto adultery. Verily! It is an abomination and an evil way.” (Surah Al-Israa’: Ayat 32)

Thus, Islam not only prohibits Zina, but also closes all the avenues and means leading to it. This is achieved by prohibiting every step and means leading to stimulating desires, opening ways for illicit sexual relations between men and women, and promoting indecency and obscenity.

At this stage you may assert that girlfriend-boyfriend relationships need not go as far as the sexual act; that they can control themselves and simply enjoy each others company. To counter this, you say that it is a fact when a girl and a boy are alone together, their sexual desires awaken and before they know it, they will be doing things that are not permissible between unmarried people. The reason for this is because Shaytaan will be the third person with them and he will whisper and tempt them with the forbidden.

In an authentic Hadith reported by Ahmad, it is narrated that the Prophet (Sallallaahu ‘alayhi Wassallam) said: “The eyes commit Zina, the hands commit Zina and feet commit Zina and the genitals commit Zina.” [Musnad Ahmad, Hadith no. 4258]

In another Hadith, he (Sallallaahu ‘alayhi Wassallam) is reported to have said that “the genitals confirm or deny it.” (Indicating that starring at opposite sex in a lustful way has a spontaneous effect on the genitals and may induce person to commit Zina).

Ibn Masoud (Radhiyallaahu ‘anhuma) related that Prophet Muhammad (Sallallaahu ‘alayhi Wassallam) said:-

«لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِىءٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ: النَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالزَّانِي الْمُحْصَنُ، وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَة»

"The blood of a Muslim may not be legally spilt other than in one of three instances: the married person who commits adultery, a life for a life, and one who forsakes his religion and abandons the community." [Sahih Bukhari & Muslim].

As for the unmarried person who has sexual relationships, rest assured that this person will not go unpunished; he or she is to be caned or whipped one hundred times:

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِى فَاجْلِدُواْ كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِاْئَةَ جَلْدَةٍ

The adulteress and adulterer, flog each of them with a hundred stripes.(Surah Nur; ayat 2)

Even in the Hereafter, the punishment will be very severe as was attested by the Prophet (Sallallaahu ‘alayhi Wassallam) when he went in Mi’raj that the adulterers, men and women, were in a baking oven in Hellfire [Sahih Al-Bukhari].

This is why Islam shuns all avenues leading to corruption of the mind, body and soul. May Allah protect us from this evil act and guard us against all ways that lead to it.

“We pray hale and hearty that Allah Ta’ala liberates your father rapidly from the jail and keeps him with ‘aafiyah (grant him safety & wellbeing). Ameen”

Do keep in touch. If you have any other question, don't hesitate to write to us.

And Allah Ta'ala Knows Best

Wassalamu Alaykum

Mufti Ebrahim Desai (M1)
Darul Iftaa, Madrassah In'aamiyyah

my question to www.askmufti.co.za(Hukum courting/pacaran/bercinta/bercouple dan yg sewaktu dengannya)

Q.is it permissible to courting?
can you explain in very detial, so i can spread it to ummah


A. Premarital relations are not allowed in Islam. Even if there is no physical sexual relationship, it is still not permissible. The Hadeeth explains: It is narrated from Sayyidina Abu Hurayrah (Radhiyallaahu Anhu) that Rasulullah (Sallallaahu Alayhi wa Sallam) said:
Fornication (Zina) of the eyes is the gaze. Fornication of the ears is to listen. Fornication of the tongue is the speech. Fornication of the hands is to touch. Fornication of the feet is to walk, and the heart desires and hopes. The private part either confirms it or negates it. (Muslim V8 P52)
Usually an 'engagement' takes place whereby it is now confirmed that this boy and girl will marry in the near future. This engagement is not a licence for the boy and girl to have any contact; whether by meeting, by phone, email, etc. Many a time although they were engaged, they changed their minds and never married. A relationship of any type between boy and girl is only allowed after Nikah. According to Shari'ah they are 'strangers' before Nikah, notwithstanding the engagement. Whoever has a relationship (courting) before marriage, will fall under the category of the Hadeeth mentioned.
The Qur'aan says: “So marry them (women) with the permission of their families, and pay them their dowries in an equitable amount, while these women should remain chaste (before marriage), without fornicating not taking illicit friendships (i.e. boy-friends).” (Surah Nisaa, verse 25). The same theme is mentioned in two more places in the Holy Qur'aan. These verses prove that courting is Haraam.

Moulana Yusuf Laher
Checked and approved by:
Mufti Siraj Desai
Darul-Uloom Abubakr
P.O. Box 4280
Korsten 6014
Port Elizabeth
South Africa

Thursday, October 7, 2010

Hadiah Untuk Muslimah Dalam Membicarakan Seputar Hijab (niqab,purdah n etc.)

*Artikel ini adalah petikan dari kitab Fiqh al-sirah yang dikarang oleh Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti, sebab saya menyediakannya adalah kerana terdapat sesetengah orang yang menganggap bahawa niqab adalah adat, malah ada yang menganggap bahawa ia adalah wahabisme, jadi saya menolak perkataan mereka dengan menyediakan artikel yang dipetik dari seorang Ulama kontemporari yang ternama seperti tersebut diatas. Saya juga bukan bertujuan untuk menimbulkan masalah khilafiyyah, hanya saja saya ingin menjernihkan pendapat-pendapat yang tersebut diatas.

Mengikut riwayat Ibnu Hisyam dari ‘Abdullah bin Ja’afar bin Al-Muswir bin Mukhrimah dari Abi ‘Awanah menceritakan bahawa seorang wanita ‘Arab telah membawa barang jualan ke pasar Bani Qainuqa’. Wanita itu duduk dekat tukang emas, sekumpulan Yahudi cuba hendak membuka penutup mukanya tetapi telah ditentang oleh wanita itu. Lalu si tukang emas tadi mengangkat hujung bajunya dibelakangnya, dan bila saja wanita itu bangun maka terselak ‘auratnya, lalu ianya memekik. Maka seorang lelaki Islam menyerang tukang emas tadi dan membunuhnya. Lepas itu yahudi-yahudi yang lain pula berkumpul menerkam ke atas lelaki Islam tadi lalu membunuhnya. Kejadian ini menyebabkan orang islam melarang orang-orang islam berhubung baik ke atas orang-orang yahudi. Seluruh orang islam marah. Dari peristiwa ini berlakulah pergaduhan antara orang islam dan bani qainuqa’ dan inilah pergaduhan pertama berlaku setelah dimeterai perjanjian di antara mereka dan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.(Sirah Ibnu Hisyam)

*Saya hanya ingin membawa huraian tentang hijab melalui kisah ini.

Ini menunjukkan bahawa hijab yang telah di syara’kan dalam islam ke atas kaum perempuan adalah seluruh tubuh hingga ke mukanya. Kalau tidak maka apa perlunya perempuan ini berjalan dengan muka tertutup, kalau tutup muka ini bukannya satu suruhan agama masakan yahudi bersemangat sebegini rupa hendak membuka tutup muka tadi, kerana mereka berhasrat mengkhianati dan mencabar (provocation) pegangan agama yang dapat diperhatikan begitu jelas sekali.

Boleh jadi ada orang mengatakan bahawa di dalam cerita ini diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam sahaja. Terdapat anasir lembut yang tidak kemas untuk membuktikan keputusan ini tapi beberapa cerita-cerita lain yang kemas membuktikan keputusan ini yang tidak dapat disangkal atau diragui.

Sebagai contoh apa yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari dari ‘Aisyah radiyallahu ‘anha : di dalam bab pakaian yang dipakai oleh seorang yang berihram, kata ‘Aisyah “mana-mana perempuan tidak boleh menutup muka atau memakai purdah dan tidak boleh memakai pakaian yang bercelup merah dan kuning. Demikian juga apa yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam Al-Muwatta’nya dari Nafi’ bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar radiyallahu ‘anhuma telah berkata :- “perempuan yang berihram tidak boleh menutup muka dan tidak boleh memakai dua sarung tangan.”(Al-Bukhari, Al Muwatta’) Maka apa ertinya larangan terhadap perempuan dari memakai tutup muka atau purdah semasa ihram, kerana apa larangan ini hanya kepada kaum wanita sahaja dan tidak kepada lelaki? Pengecualian khusus di musim haji membuktikan bahawa sebahagian daripada apa yang biasa dilakukan oleh perempuan Islam ialah menutup muka dan menurunkan purdah ke atas mukanya maka arahan ini dibuat sebagai satu suruhan pengecualian khusus bagi musim haji sahaja.

Dan di antaranya apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan lain-lain iaitu hadith Fatimah binti Qais yang telah diceritakan oleh suaminya selepas penceraian itu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah menyuruh Fatimah supaya tinggal di rumah Ummu Syarik, kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memberitahu bahawa rumah Ummu Syarik dipenuhi oleh sahabat baginda. Oleh itu cuba engkau tinggal di rumah anak sepupunya iaitu anak Ummu Maktum, kerana beliau ini matanya rosak sekiranya engkau pecat tutup mukamu pun nescaya dia tidak akan melihat kamu.

Dari sudut tersebut peristiwa ini menjelaskan hujah-hujah supaya orang perempuan menutup mukanya dan tubuh badannya yang lain daripada dilihat oleh orang asing.

…muka orang perempuan dianggap ‘aurat kepada lelaki ajnabiy terkecuali kepada beberapa hal yang tertentu seperti keperluan berubat, belajar dan untuk saksian dan sebagainya. Namun begitu masih ada setengah-setengah Imam Mazhab yang mengatakan bahawa muka dan dua tapak tangan perempuan bukan ‘aurat. Maka tidak wajib menutup kedua-duanya dengan didasarkan kepada hadith-hadith tadi sebagai memberi makna (mudah) sunat bukan wajib. Walaupun demikian, seluruh mereka bersepakat bahawa tidak harus seseorang itu melihat bahagian-bahagian tubuh perempuan dengan hawa nafsu. Untuk itu maka wajib ke atas seseorang perempuan menutup mukanya sekiranya kejahatan dan ke’asyikkan berleluasa sehingga seluruh yang melihat itu terdiri dari golongan fasiq, menengoknya dengan intaian yang haram.

Sekiranya saudara amati hal keadaan orang Islam di hari ini dengan segala kefasikan, kejahatan dan kerosakan pendidikan dalam akhlaq, saudara tentu mengetahui bahawa tidak ada tempat untuk disebutkan harus bagi orang perempuan membuka mukanya.

Sebenarnya jurang merbahaya yang dilalui oleh masyarakat Islam di hari ini menuntut (untuk menjamin keselamatan dan penerusannya) lebih banyak lagi sifat berhati-hati dan lebih banyak lagi untuk mengambil sesuatu itu dengan lebih ketat lagi sebagai jalan yang paling baik sementara dapat menyeberangi peringkat(marhalah) yang kritis ini kemudian mampu pula menguasai urusannya dan dapat mengatasi masalah umat Islam dengan tangan kita sendiri.

Atau dengan lain perkataan yang lebih ringkas kita menegaskan bahawa tabi’at mengambil jalan rukhshah (kelonggaran) dan segala cara-cara yang mudah-mudah dalam agama lambat laun akan terikut-ikut hanyut dibawah tapak kaki orang lain. Orang yang semacam ini seterusnya akan menyeret kita kepada tindakan membiasakan diri mengambil rukhshah secara menyeluruh dari semua dasar-dasar kewajipan. Sekiranya tidak wujud satu kesedaran masyarakat Islam yang sihat yang mampu mengawal apa yang dikatakan Rukhshah (kelonggaran) tadi supaya tidak digunakan sewenang-wenangnya berdasarkan kepada manhaj perjalanan Islam umum dan dapat menjaganya dari diselewengkan (atau disalah gunakan) hingga melanggar batas-batas syara’ nescaya kelonggaran ini akan menyebabkan kerosakan.

Di antara perkara-perkara yang menghairankan ialah adanya manusia yang sanggup menggunakan istilah apa yang mereka namakan “bahawa bertukarnya masa maka bertukar pula hukum agama”, dalam rangka meringan, memudah dan menyesuaikan dengan tuntutan melepaskan diri dari ikatan kewajipan sebenarnya. Untuk peringatan kepada mereka perlu ditegaskan bahawa kaedah ini hanya boleh digunakan bila suasana mendesak bukan seperti keadaan biasa atau semua keadaan. Hingga kini saya sendiri belum lagi bertemu dengan satu contoh yang boleh lantaran bertukarnya masa. Sebagaimana yang telah dinyatakan saya berpendapat perlunya orang-orang perempuan di hari ini menutup mukanya memandangkan bahawa betapa banyaknya kegelincungan-kegelincungan yang banyak menuntut kita lebih berhati-hati lagi semasa berjalan dan memerhati terlebih dahulu tempat meletek kaki sebelum melangkah sementara sabar menunggu pertolongan Allah hingga terdirinya masyarakat Islam yang dinanti-nantikan selama ini.



Rujukan : Fiqh Al-Sirah - Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti

Wednesday, October 6, 2010

Untukmu Wanita Yang Mulia

Isteri solehah adalah isteri yang setia

Pada prinsipnya, isteri solehah itu adalah isteri yang taat kepada Allah dan Rasulnya. Dia adalah isteri yang taat dan sentiasa member motivasi kepada suaminya. Misalnya, apabila seorang suami sedang menghadapi masalah , pada masa inilah isteri memberikan motivasi. Walaupun lelaki pada zahirnya kelihatan kuat, namun orang lelaki juga mempunyai kelemahannya. Lelaki yang gagah perkasa sekalipun, tetap mahukan isteri di sampingnya pada saat mereka menghadapi kesulitan.


Sebagai seorang pendamping, isteri juga dituntut memiliki kesetiaan sama ada pada saat suka mahupun duka. Kesetiaan isteri adalah bukti pengakuan pada kebaikan suami serta cermin kepada kemurnian hati. Sikap ini memberikan kesan positif dalam kehidupan berumah tangga. Ada kalanya perjalanan hidup seorang suami tidak sentiasa indah. Dia juga ditimpa musibah dan dugaan. Apabila sebegini, kesetiaan isteri dituntut supaya sentiasa mendampingi suami.


Apabila terjadi perubahan dalam kehidupan suami sikap sebenar isteri bakal terlihat. Misalnya daripada kaya menjadi miskin ataupun daripada berkedudukan berubah menjadi hilang jawatan dan daripada sihat menjadi sakit. Semasa menghadapi perubahan seperti itu, seorang isteri yang solehah pasti tetap setia mendampingi suami. Dia selalu memikirkan mengenai semua kebaikan suami serta berupaya menutupi segala kekurangannya. Kesetiaan seorang isteri dapat menjadi penawar kesedihan dan penghibur serta penghapus segala kegelisahan. Kita perlu menyedari isteri yang dicintai tidak meninggalkan suaminya dalam keadaan tidak terurus.


Berkaitan dengan besarnya peranan kesetiaan kepada kebahagiaan rumah tangga, Islam menganjurkan kepada setiap keluarga muslim bagi mendapatkan dan mewujudkannya. Allah menjelaskan di dalam Quran surah al-baqarah ayat 237 yang bermaksud, “Janganlah kalian melupakan kebaikan di antara kalian.” Di samping itu, Baihaqi menceritakan daripada Siti Aisyah, Nabi Muhammad berkata, “Kesetiaan (janji setia) adalah sebahagian daripada iman.”

Rujukan : Keluargaku Syurgaku – Aa Gym

* sedikit daripada saya, wanita juga janganlah menjadikan diri suami-suami mereka dayus yang dalam pengertian islam, contohnya isteri bergaul bebas dengan lelaki lain, menduakan suaminya dan lain-lain lagi yang menjadikan suami itu dayus kerana tiada tempat untuk lelaki dayus didalam syurga. Kena diingatkan disini bahawa ini adalah untuk "isteri" bukan "girlfriend".

Saturday, October 2, 2010

Hadiah Untuk Wanita Yang Beriman

Apakah yang dimaksud dengan “wanita itu fitnah”?


Wanita itu fitnah adalah sesuai dengan sabda Rasulullah saw., “sesungguhnya dunia ini sangat manis dan indah(menarik perhatian) dan Allah menyerahkannya kepadamu untuk dilihat bagaimana kamu berbuat. Kerana itu, berhati-hatilah dalam dunia dan berhati-hatilah dari wanita. Sesungguhnya pertama fitnah (ujian) Bani Isra’il terjadi dari wanita(HR Muslim)

Oleh kerana itu, fitnahnya wanita adalah apabila kaum lelaki atau para suami dan ayah tidak mengajarkan agama dan pendidikan akhlak kepada kaum wanitanya. Maka pada saat itu, kaum wanita akan menjadi bahan ujian-ujian yang berat bagi kaum lelaki dalam melaksanakan agama di dunia ini. Demikian sering Allah dan Rasul-Nya mengingatkan hal ini.

Bagaimana agama mengatur masalah pergaulan antara lelaki dan wanita? Sabda Nabi saw., “Aku tidak meninggalkan suatu fitnah sepeninggalku yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain wanita.”(HR Bukhari, Muslim).

Ibnu Jauzi mengatakan bahawa lelaki dapat tergoda wanita dan wanita pun demikian. Oleh kerana itu, sebaiknya laki-laki dewasa menjauhkan diri dari wanita dewasa dan sebaliknya. Bahkan, pergaulan dengan saudara ipar sendiri pun dikatakan bahaya menurut Nabi saw..

Sebahagian solehin berkata, “Lebih baik menjaga amanat baitul mal untuk beberapa lama, daripada harus menjaga amanat seorang wanita kulit hitam dan berdekatan dengannya walau hanya untuk satu jam.”

Rujukan : Lelaki Soleh, Mu’amalah, Mu’asyarah & Akhlak – Ust. H.A Abdurrahman Ahmad As-Sirbuni, Pondok Ar-Royyan, Cirebon

Saturday, August 7, 2010

Mencintai Allah subhana wa ta'ala

Menurut Imam Sahl, tanda seseorang mencintai Allah swt. Adalah mencintai al-Quran dan tanda seseorang mencintai mencintai Allah swt. dan al-Quran adalah mencintai Nabi Muhammad saw. Adapun tanda seseorang mencintai Nabi Muhammad saw. adalah mencintai sunnah-sunnahnya. Tanda seseorang mencintai sunnah-sunnah Rasulullah saw. adalah lebih mencintai (mengutamakan) kehidupan akhirat daripada dunia serta tidak terlalu menyibukkan diri dengan persoalan-persoalan duniawi kecuali sekadar kepada hal-hal yang dapat menjadikan bekalnya untuk kehidupan di akhirat. Mengenai hal ini, Syeikh Hatim bin ‘Alwan mengingatkan kita tiga hal penting :


- Pertama, barangsiapa mengaku mencintai Allah swt. namun tidak disertai dengan sikap warak (waspada) terhadap hal-hal yang dilarang oleh Allah swt. maka sebenarnya ia tidak mencintai Allah swt.

- Kedua, barangsiapa mengaku mencintai Nabi Muhammad saw. padahal ia tidak peduli terhadap
nasib fakir miskin maka sesungguhnya ia tidak mencintai Nabi Muhammad saw.

- Ketiga, barangsiapa mengaku mencintai (menginginkan) syurga namun ia tidak mahu menafkahkan sedikit hartanya di jalan Allah swt. maka sebenarnya ia adalah pendusta.


Oleh kerana itu, Imam Fudhail berpesan, hendaklah kita diam dan tidak perlu menjawab tatkala ditanya perihal kecintaan kita kepada Allah swt. Yang demikian adalah lebih baik bagi kita daripada kita menjawabnya. Kerana , jika kita menjawab , “Tidak, (saya tidak mencintai Allah swt.)”, maka pada ketika itu juga kita menjadi kafir. Namun jika dijawab,”Ya, (saya mencintai Allah swt.)", kita pula telah berdusta kerana pada hakikatnya amal perbuatan dan sikap hidup kita seharian sangat jauh daripada petanda dan hakikat cinta kepada Allah swt.

Rujukan : Qami’uth Thugyan, Syeikh Nawawi al-Bantani


Disini saya sertakan Syair yang disyarahkan dalam kitab Qami’uth Thugyan, syair bait ke-8 Syeikh Zaenuddin bin Ali bin Ahmad al-Kusyiny di dalam kitab Syu’ab al-Iman :-

“Dan cintailah Tuhanmu (Allah swt.) serta takutlah engkau kepada seksaNya yang pedih, berharaplah akan rahmatNya serta bertawakkallah (kepada Allah swt.) wahai orang-orang muslim”

Monday, August 2, 2010

Maulana Saad Advices

WORKING TOGETHER (JAAMI’YYAT)(DA’WAT, TALEEM AND TASAWWUF ARE HARMONIOUS)

We should understand all aspects of this work. Another very
special quality to be found in this work is jaami’iyyat, i.e. to unite
all works of Deen taking place in the world, all the various
branches. This is the greatest and most essential aspect and
quality of this work.


We have absolutely no objection whatsoever to the works of
Deen that are taking place in the world. We have to be very
careful about our speech and utterances. Respected brothers! We
have absolutely no right whatsoever to denigrate, to belittle, to
reject and rundown the benefit of any other aspect of Deen
whether this is done via our speech or our thought. This is
something which will bring about disunity in the Ummat. We are
here to collaborate, work with others and bring everyone
together. There is absolutely no basis, ground and permission to
look down on any aspect of Deen.


Understand that Ta’leem (Tadrees,to educate), Tabligh, Taswwuf are all the
works of Nubbuwwat. Only a foolish person will consider one
aspect of Nubuwwat in conflict to another aspect of the work of
Nubuwwat. In my opinion, I do not see any one more foolish and
ignorant than this (it is the height of ignorance).


Reference : Priceless Advices – For all Workers of Deen,(The Book is a Transcribed Bayan of Maulana Muhammad Sa’d Sahib, a senior member of the Nizamuddeen Markaz, India.) - The Book is Prepared Under The Guidance Of the Renowned Orator, Maulana Ahmed Khatani, Durban.

Thursday, July 29, 2010

Suara Wanita

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).(al-Ahzab 32)

Pertama wanita dilarang berbicara dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan yang sangat penting, apalagi dengan suara yang lemah lembut dan nada yang manis. Tetapi hendaknya wanita itu berbicara dengan suara yang tegas, dengan tingkah laku yang terhormat, agar tidak ada yang salah menafsirkan mereka, atau tidak ada yang mempunyai fikiran buruk terhadap mereka.

Imam Qurtubi menulis dalam tafsirnya mengenai ayat di atas sebagai berikut : “Allah swt. Memerintahkan kepada wanita-wanita muslimah agar berbicara secara terus terang dan ringkas kepada lelaki yang bukan mahram. Nada suara mereka sama sekali tidak lemah lembut dan manis seperti wanita-wanita jalanan dan wanita-wanita jahiliyah terdahulu yang berbicara dengan lelaki dengan nada suara yang manis. Seorang wanita hendaklah sangat berhati-hati ketika sedang berbicara kepada lelaki yang bukan mahram walaupun mereka adalah saudara iparnya sendiri. Sebaiknya ia berbicara dengan nada suara yang tegas tidak berteriak.”(Qurtubi)

Mufti Muhammad syafii menulis dalam tafsirnya bahwa perkataan falaa takhdha’na bil qaul bermaksud bahwa walaupun ketika itu sangat perlu untuk berbicara dengan lelaki yang bukan mahram, tetapi wanita harus berusaha menghindari nada suara yang lemah lembut dan menarik yang merupakan sebagian dari tabiat wanita. Apa yang dimaksud disini bahwa ia tidak boleh berbicara sedemikian rupa sehingga menarik atau membuat terpesona orang yang diajak bicara, sebagaimana firman Allah swt. Fayath ma’al ladzii fii qalbihii supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit tidak bangkit nafsunya.

`penyakit` di sini menunjukkan kepada nifaq di dalam arti keseluruhan atau sebagian. Orang yang benar-benar munafiq mudah dikenal karena mempunyai kecenderungan kearah maksiat yang juga merupakan bagian dari kemunafiqan. Jika Seseorang benar-benar beriman, ia tidak pernah berfikir untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan syariat agama.

Maksud utama pada bagian pertama dari perintah ini adalah ditujukan kepada kaum wanita untuk tetap memakai hijab dan menghindari lelaki ghair mahram yang lemah imannya yang boleh jadi tidak mempunyai harapan, atau mempunyai ketamakan akan kenikmatan dari mereka.

Setelah ayat ini diturunkan, sebagian isteri-isteri Rasulullah saw. Menutup mulut mereka dengan tangan untuk menyembunyikan suara mereka ketika berbicara dengan ghair mahram.

Amr bin Ash ra. Meriwayatkan dari Nabi saw. :
Sesungguhnya Nabi saw. Melarang wanita berbicara kepada lelaki yang bukan mahram tanpa izin suaminya.(Hr. Thabrani)


Rujukan : Hijab Wanita Muslimah – Dr. Muhammad Ismail M.

*ayat quran guna terjemahan bahasa malaysia.

Tuesday, July 20, 2010

Is it Necessary to Follow an Imaam? Can I not Refer Directly to the Hadith

In this belated era, one often hears questions about the need to follow an Imaam or a Mazhab. The ear-catching slogan of “DIRECTLY” following the Qur`aan and Hadeeth is heard more frequently. The answer to such questions and the reality behind these slogans is highlighted by the following eye-opening incident, which has been reported by Imaam Ahmad bin Hambal and Imaam Tahaawi (rahmatullahi `alayhima). Once `Urwah bin Zubair (rahmatullahi `alayh) addressed `Abdullah bin `Abbaas (radhiyallahu `anhuma) thus:

“You have led the people astray Oh Ibnu `Abbaas!”

When `Abdullah bin `Abbaas (radhiyallahu `anhuma) inquired about the reason, `Urwa (rahmatullahi `alayhi) mentioned a ruling pertaining to the laws of Hajj which `Abdullah bin `Abbaas (radhiyallahu `anhuma) had issued contrary to the ruling of Abu Bakr and `Umar (radhiyallahu `anhuma). `Abdullah bin `Abbaas (radhiyallahu `anhuma) replied: “This is the exact reason why you have been led astray. I am narrating from Rasoolullah Sallallahu Alayhi Wasallam and you are opposing it with the view of Abu Bakr and `Umar (radhiyallahu `anhuma).” `Urwah (rahmatullahi `alayh) said to Ibnu `Abbaas (radhiyallahu `anhuma):

“Indeed Abu Bakr and `Umar (radhiyallahu `anhuma) were more knowledgeable about the Sunnah of Rasoolullah sallallahu alayhi wasallam than you." (Musnad Ahmad, vol. 4, pg. 132, No. 2277, Sharhu Ma`aanil Aathaar, vol. 1, pg. 423).

In a narration of Tabraani the same incident has been recorded with a slight difference. According to this version, when `Urwah (rahmatullahi `alayh) objected, Ibnu `Abbaas (radiyallahu `anhuma) said to him: “Woe be to you! Do you give preference to Abu Bakr and `Umar (radhiyallahu `anhuma) over the book of Allaah and the Sunnah of Rasoolullah Sallallahu Alayhi Wasallam.” Upon this `Urwah (rahmatullahi `alayh) replied: “They were more knowledgeable about the Book of Allaah and the Sunnah of Rasoolullah Sallallahu Alayhi Wasallam than you and I.” Ibnu Abi Mulaykah, the narrator of this incident comments: “Ibnu `Abbaas (radhiyallahu `anhuma) did not have any answer for this.” (Al-Mu`jamul Awsat, vol. 1, pg. 42, No. 21).

The answer of `Urwah (rahmatullahi `alayh) is exactly the answer to those who raise objections such as: What is the need to follow an Imaam? Is it better to follow Rasoolullah Sallallahu Alayhi Wasallam or to follow Abu Haneefah, Maalik, Shaafi`ee and Ahmad bin Hambal (rahmatullaahi alayhim)? In reply to these objections Shaykh Muhammad `Awwaamah writes: “We say to them: We are not pleased to have you as a substitute for these Imaams, as they were more knowledgeable about Rasoolullah Sallallahu Alayhi Wasallam than you.” In fact, when we say “more knowledgeable” we do not mean to draw a comparison, because there is absolutely no comparison between you and them in knowledge. And it is our ardent desire to cling onto the way of Rasoolullah Sallallahu Alayhi Wasallam that drives us to follow their understanding of the pure Sunnah.” (Atharul Hadeethish Shareef, pg. 101).

The crux of these answers is that one does not follow an Imaam in OPPOSITION to the Quraan and Sunnah. Instead, the following of an Imaam is based purely on the intention to follow the Quraan and Sunnah, and they were far more knowledgeable of the Quraan and Sunnah than anyone in this era.



ANSWER THROUGH AN EXAMPLE:

Another simple answer to these types of questions could easily be understood from a common day to day situation. Take the example of a close relative who requires a triple bypass or needs to undergo a major operation. Will an unqualified relative ever dare to research the procedure of that operation and carry it out by himself? The answer is obvious. Rather, he will employ the services of the greatest expert in that field. Why? Since the well being of our dear one means much to us. If our Deen is beloved to us, then this should be our attitude with regards to the matters of Deen as well.
sumber Madrasah Taaleemuddeen, Isipingo Beach

Thursday, July 15, 2010

Peringatan Untuk Pendakwah

Hadis Rasulullah saw. Yang berbunyi :

Ertinya: “Daripada Abu Hurairah ra. Bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda : “Jika ada seseorang berkata : “orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.”(HR. Muslim)


Imam Nawawi ra. Ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut :

“Larangan semacam di atas itu(larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram”.

“Ada pun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya”.

Oleh kerana itu, apabila kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan reality umat islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ‘ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuding orang lain. Jadi, apabila kerosakan moral umat islam dewasa ini yang diketengahkan, maka biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat dan dengan perasaan belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.


Rujukan : Muqaddimah 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman – Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki

Tuesday, June 29, 2010

Nafsu Syahwat ( Petikan dari hikmah perkahwinan dalam Ihya Ulumiddin )

Nafsu Syahwat itu, apabila mengeras dan tidak dapat disanggah oleh kekuatan taqwa, niscaya dapat menghela kepada perbuatan keji. Dan kepadanyalah, ditunjukkan oleh Nabi saw. Dengan sabdanya dari Allah ta’ala :

Artinya : “kalau tidak engkau perbuat pula begitu, niscaya fitnah dibumi dan kerusakan besar” Al anfal 73.

Dan kalau dapat dipukul dengan pukulan ke-taqwa-an, maka kesudahannya, dapatlah mencegah anggota-anggota badan daripada memperkenankan ajakan nafsu-syahwat itu. Lalu terpicinglah mata dan terpeliharalah kemaluan.

…tetapi sentiasalah nafsu itu menarik dan membisikkan kepadanya dengan berbagai keadaan bersetubuh. Dan tidak jemu-jemulah setan pengganggu itu dalam sebahagian besar waktunya.
Kadang-kadang yang demikian itu datang kepadanya dalam shalat. Sehingga terguris dihatinya dari hal keadaan bersetubuh itu, sesuatu gurisan, kalaulah kiranya diterangkannya dihadapan orang yang paling hina sekalipun, niscaya ia akan malu. Dan Allah ta’ala melihat kepada hatinya. Dan hati itu terhadap Allah, adalah seperti lisan terhadap makhluk. Dan pokok segala pekerjaan bagi seseorang yang berkehendak menjalani jalan akhirat, ialah hatinya. Dan rajin berpuasa itu, tidaklah menghilangkan benda gangguan pada kebanyakan orang. Kecuali ditambahkan kepadanya kelemahan badan dan kerusakan pada sifatnya.

Karena itulah Ibnu Abbas ra. Berkata : “tidak sempurnalah ibadah orang yang melakukan hajji, kecuali dengan kawin.”

Ini adalah percobaan umum, sedikitlah orang yang terlepas daripadanya dan Qatadah berkata tentang arti firman Allah ta’ala :

Artinya : “ janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak bias kami pikul.” S. Al baqarah ayat 286, yaitu : kerasnya nafsu syahwat.

Dari Akramah dan Mujahid, yang mana keduanya mengatakan, tentang arti firman Allah ta’ala :
Artinya : “ dan manusia itu dijadikan bersifat lemah” S. An nisa’ ayat 28, ialah bahwa manusia itu tidak sabar terhadap perempuan.

Berkata Fayyadl bin Nujaih: “ Apabila bangunlah kemaluan lelaki, niscaya hilanglah duapertiga akalnya”. Setengah mereka mengatakan : “hilanglah sepertiga agamanya”.

Dan pada penafsiran yang tidak begitu sering terdengar (nawadiru’t-tafsir) dari ibnu Abbas ra. Tentang firman Allah ta’ala :

Artinya : “Dan dari kegelapan(malam) ketika ia datang” s. al falaq ayat 3, yaitu kata ibnu Abbas : bangunnya kemaluan lelaki. Ini adalah bahaya yang sering terjadi, apabila menggelagak, yang tidak dapat dilawan oleh akal pikiran dan agama. Dan nafsu syahwat itu, sedang dia adalah lebih baik, untuk pendorong kepada kehidupan-dunia dan akhirat- …maka nafsu syahwat itu, adalah yang terkuat alat setan terhadap anak adam. Dan kepadanyalah diisyaratkan oleh Nabi saw. Dengan sabdanya : “tidaklah aku melihat dari wanita-wanita yang kurang akal dan agama, yang lebih mempengaruhi orang-orang yang berakal pikiran, daripada engkau sekalian”(HR Muslim)

Dan itu sesungguhnya, adalah karena bergeloranya nafsu-syahwat. Dan Nabi saw. Mengucapkan do’anya:

Artinya : :Wahai Allah Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan pendengaranku, penglihatanku, hatiku dan kejahatan maniku!” dan beliau mendo’a :
Artinya : “Aku bermohon padaMu, kiranya Engkau mensucikan hatiku dan memeliharakan farajku(kemaluanku)”.

Maka apa yang dimohonkan perlindungan oleh Rasulullah saw. Daripadanya, lalu bagaimanakah boleh dipandang enteng(mudah) oleh orang lain?

*jauhilah zina, dan setiap perkara yang mendekatkan kepada zina maka jauhilah seperti “couple” yang telah diharamkan oleh ulama-ulama, berdua-duaan, dan banyak lagi. Adakah diri kita lebih hebat iman kita dari Nabi saw. Sendiri yang berdoa untuk dijauhkan?fikir-fikirkanlah…

*Nota kaki saya

Rujukan : Terjemahan Ihya Ulumiddin – Imam Al-Ghazali

UNTUKMU WANITA 3

Kata yang menghimpunkan tentang adab sopan santun wanita, tanpa berpanjang-panjang, ialah: bahwa wanita itu hendaklah duduk dalam rumahnya selalu ditempat jahitannya, tidak banyak naik dan menoleh, sedikit berbicara dengan tetangga. Tidak datang ketempat tetangga, selain dalam keadaan yang mengharuskan masuk ketempatnya. Menjaga kehormatan suami,ketika suami pergi dan mencari kesenangan suami dalam segala pekerjaannya. Tidak berkhianat kepada suami, tentang dirinya dan hartanya sang suami. Ia tidak keluar dari rumahnya, selain dengan seizin suami. Kalau ia keluar dengan keizinannya, maka ia menyembunyikan diri dalam keadaan kusut –musut, mencari tempat-tempat yang sunyi, tidak jalan besar dan pasar-pasar. Ia menjaga, agar tamu tidak mendengar suaranya atau mengenal dirinya. Jangan ia perkenalkan kepada teman suaminya, tentang hajat keperluannya. Bahkan hendaknya ia membantah terhadap orang, yang sangkanya, bahwa orang itu mengetahui akan hajat keperluannya atau dia mengenal akan orang itu.

Cita-citanya, ialah memperbaiki keadaan dirinya, mengatur rumah-tangganya, menghadapkan hati kepada shalat dan puasanya. Apabila teman suaminya meminta keizinan sesuatu dipintu, sedang suaminya tidak turut hadir, maka janganlah ia menanyakan ini dan itu dengan mereka. Dan janganlah membiasakan berkata-kata dengan dia, untuk menjaga kecemburuan dirinya dan suaminya!
(Ihya ulumiddin-imam al-ghazali,jilid 2,ialah pandangan tentang hak-hak suami atas isteri.)


Jikalau ada wanita-wanita islam yang mempunyai kebolehan yang luar biasa atau tenaga yang lebih, setelah menyelesaikan urusan-urusan rumahtangganya, bolehlah ia beri khidmat untuk menolong wanita-wanita sejenisnya yang perlu kepada pertolongan. Umpamanya untuk member bantuan kepada wanita-wanita yang melarat, atau menjadi guru mengajar sesame kaum wanita dalam bidang ‘ilmu yang ada manfaat untuk dunia dan akhirat, lebih-lebih lagi, ilmu fardu ain: dalam bahagian akidah, amal ibadat, akhlak atau tasawwuf, dan hukum-hukum syara’. Ia boleh mengajar di tempat yang terselindung daripada pandangan lelaki ajnabi.
(al-hijab-wan Muhammad bin wan Muhammad ‘ali , percetakan watan,1980)

Setimpal Pahala Berjihad

Thabarani telah memberitakan dari Ummi Kabsyah ra. yaitu seorang wanita dari suku kaum Adzirah, yakni Adzirah Bani Qudha'ah, bahwa dia telah berkata: "Wahai Rasulullah! Bolehkah tidak aku keluar berjihad dengan tentera ini dan itu?" tanya Ummi Kabsyah. "Tidak boleh!" jawab Beliau pendek saja. "Aku bukan hendak berperang, tetapi aku dapat menolong mengobati orang yang luka, yang sakit, atau barangkali dapat memberi minum orang yang sakit dan mengurusnya!", pinta Ummi Kabsyah lagi. "Kalaulah tidak nanti orang ramai heboh mengatakan si fulanah itu keluar berperang, niscaya aku akan mengizinkanmu", jawab Nabi SAW. "Tetapi sebaiknya, engkau tinggal di rumah saja!" pesan Nabi SAW lagi. (Majma'uz-Zawa'id 5:323)

Bazzar telah memberitakan dari Abdullah bin Abbas ra. dia berkata: Dalam suatu peristiwa telah datang seorang wanita kepada Nabi SAW sebagai wakil dari kaum wanita lain, lalu berbicara kepada Beliau, katanya: "Wahai Rasulullah! Aku ini sebagai utusan dari kaum wanita untuk bertanya tentang jihad. Dia telah diwajibkan ke atas kaum lelaki saja, jika mereka mendapat kemenangan akan diberikan pahala yang besar, dan jika mereka terbunuh dianggap hidup di sisi Tuhan mereka dengan diberikan berbagai-bagai rezeki dan kurnia. Kami kaum wanita yang bersusah payah mengurus segala keperluan mereka apa yang kami dapat?!"
Jawab Nabi SAW: "Sampaikanlah berita ini kepada siapa saja yang engkau temui dari kaum wanita, bahwa taat kepada suami dan mengakui hak suami itu adalah setimpal dengan pahala jihad, malangnya sangat sedikit di antara kamu yang dapat melaksanakannya". (Riwayat Bazzar)

Manakala Thabarani meriwayatkan cerita yang sama, tetapi sedikit panjang dari yang di atas tadi, katanya: Kemudian telah datang kepada Nabi SAW seorang wanita, lalu berkata: "Aku ini adalah utusan kaum wanita yang diutus kepadamu, dan siapa saja di antara mereka, yang tahu ataupun yang tidak tahu, semua mereka inginkan aku datang kepadamu dan berbicara denganmu. Bukankah Allah itu Tuhan kaum lelaki dan kaum wanita, dan engkau pula adalah Utusan Allah kepada kaum lelaki dan kaum wanita?! Allah telah mewajibkan jibad ke atas kaum lelaki, maka jika mereka menang mereka diberikan pahala yang besar, dan jika mereka mati syahid mereka akan tinggal di sisi Tuhan, mereka menikmati rezeki dan kurnia-Nya. Apa yang dapat menyamai pahala amalan mereka itu dari ketaaatan kami kepada mereka?"
Jawab Nabi SAW: "Bila kaum wanita itu mentaati suami mereka, dan mengenal hak-haknya. Tetapi malangnya, sangat sedikit sekali mereka yang dapat berbuat seperti itu". (At-Targhib Wat-Tarhib 3:336)

Friday, April 9, 2010

TAJUK : STATUS ZINA ANAK UMAR RA, PEMBETULAN UNTUK ARTIKEL SEBELUM INI

Menurut Lembaga Fatwa Mesir, ulama peneliti menganggap cerita itu tidak benar, untuk ulasan lebih lanjut sila klik disini

Friday, March 12, 2010

Tajuk : Jamaah Tabligh dan Pendirinya, Syaikh Muhammad Ilyas (Lembaga Fatwa Mesir)

Untuk Perkongsian, di ambil dari Lembaga Fatwa Mesir, Boleh menjadi panduan secara umum dalam agama bukan sahaja secara khusus seperti dalam fatwa di bawah. untuk ubah ke bahasa indonesia sila pilih di bahagian atas sebelah kiri.

Rujuk fatwa disini

Saya suka memetik apa yang dinyatakan Mufti Ali Jum'ah tentang perkataan Imam Malik dalam fatwa tersebut yang bermaksud, "Barangsiapa yang dari dirinya keluar sesuatu yang dapat dimaknai sebagai bentuk kekafiran dari sembilan puluh sembilan sisi, namun dapat juga dimaknai sebagai bentuk keimanan dari satu sisi saja, maka hal itu harus dipahami sesuai dengan makna keimanan itu."

Tuesday, March 2, 2010

UNTUKMU WANITA 2

Targhib wa tarhib

Dalam hadis: "Diantara wanita-wanita didunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika didunia." ( Tanbihul Ghafilin, Faqih Abu Laits As-samarqandi)

Abu hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah tua." ( Tanbihul Ghafilin, Faqih Abu Laits As-samarqandi)

Anas ra. Berkata bahwa suatu ketika sekumpulan wanita datang menghadap Rasulullah saw. Dan berkata, “ya Rasulullah, kaum lelaki telah memperoleh banyak pahala dengan ikut serta dalam jihad. Tunjukkan kepada kami suatu amalan yang dapat membantu kami memperoleh pahala sebagaimana yang telah dicapai oleh para mujahid. Rasulullah saw. Berkata, “Seorang di antara kamu yang tinggal di rumahnya,(menjaga malu dan kehormatannya), akan memperoleh pahala jihad.”(Musnad Bazzar)

“Jika seorang wanita shalat lima waktu, puasa di bulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka akan dikatakan kepadanya:”Masuklah kamu ke dalam surga dari pintu surga mana saja yang kamu kehendaki.” (HR. Ahmad)

Dari Abu Hurairah dalam Hadits yang panjang berkata: bersabda Rasulullah : "Ada dua kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku lihat: suatu kaum yang memiliki pecut seperti ekor sapi dan dipergunakan untuk memukul orang lain, dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, berjalan sambil berlenggak-lenggok, kepala mereka bagaikan punuk unta, mereka tidak akan masuk surga dan tidak pula dapat mencium wanginya, padahal wangi surga dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"(Muslim)



Kata Renungan.

Sayyidina Ali berkata,:
“Adakah kamu tidak merasa malu? Adakah kamu tidak merasa cemburu? Salah seorang daripada kamu membiarkan isterinya keluar di kalangan para lelaki ajnabi. Dia melihat kepada mereka dan mereka dapat melihat kepadanya.” ( Hukum Wanita Bermusafir, Syeikh Nuruddin Merbu Banjar al-Makki)



Perkara Larangan dan Amaran.

“Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menundukkan pandangan mereka...”(QS. An-Nur ayat 31)

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu seluruhnya akan ditanyakan - perihal perbuatannya masing-masing." (al-lsra': 36)

Nabi bersabda yang maksudnya: “Aku tidak meninggalkan sesudahku fitnah bagi kaum lelaki lebih berbahaya dari perempuan”(Muttafaqun Alaih)

Dari Ma’al bin Yasir ra., sesungguhnya Rasulullah saw. Bersabda, “Lebih baik bagimu jika sebuah paku baja ditancapkan ke kepalamu daripada engkau menyentuh wanita yang tidak dihalalkan bagimu.”(Hr. Thabrani, Baihaqi)


Dari Abu Said r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah seseorang lelaki itu melihat kepada auratnya orang lelaki lain, jangan pula seseorang wanita melihat auratnya orang wanita lain. Jangan pula seseorang lelaki itu berkumpul tidur dengan orang lelaki lain dalam satu pakaian dan jangan pula seseorang wanita itu berkumpul tidur dengan orang wanita lain dalam satu pakaian." (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang lelaki di antara engkau semua itu menyendiri dengan seorang wanita, melainkan haruslah ada mahramnya beserta wanita tadi." (Mu'ttafaq 'alaih)

Uqbah bin Amir ra. Meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. Suatu ketika bersabda, “Jangan mendekati wanita yang bukan mahram.” Seorang lelaki bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saudara ipar?” Nabi saw. Menjawab, “Saudara ipar adalah kematian!”(Muttafaq ‘alaih)

Dari Ibnu Umar ra. Meriwayatkan bahwa Nabi saw. Bersabda, “sesungguhnya malu dan iman adalah dua bersaudara. Jika Salah satunya hilang, maka yang lainnya dengan sendirinya akan hilang.”(Riwayat Baihaqi)

Nabi saw. Bersabda, “Amalan yang paling baik bagi kaum wanita ummatku adalah ridha dan menghindarkan diri dari laki-laki.”(Syara’I Hijab dengan rujukan Hijab wanita Muslimah – Dr Muhammad Ismail M)

Rasulullah saw. Bersabda, “Ketahuilah dengan jelas bahwa adzab Allah kepada orang yang melihat ghair mahram dan orang-orang yang menonjolkan diri dihadapan mereka(lelaki atau wanita).”(Misykat dengan rujukan Hijab wanita Muslimah – Dr Muhammad Ismail M)

Wednesday, February 3, 2010

Ungu - cahaya MU

Kau bawa cahaya di dalam hidupku
Disaat ku membutuhkan
Di jalanku yang tak terang

Hatiku bertanya benarkah ku tlah berbakti
Atau ku saat ini hanya sekedar berjanji

Kau slalu ada saat jiwaku tiada
Kau beri cinta terindah
Saat hidupku terluka

Tak terbayangkan arti hidupku tanpa hadirMu
Kau hembuskan harapan ketika ku kehilangan

Hanya pada Mu ku kembali
Hanya karna Mu ku berjanji
Arti hidup hanya untuk Mu, ya Allah

Atas izinmu ku terlahir
Atas kuasamu kuberdiri
Iringilah setiap langkahku, ya Allah

Saturday, January 30, 2010

CINTA SAHABAT KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW.

Kisah Pertama.

Qurrah ibn Iyas ra. Meriwayatkan, “Daku datang bersama kaum Muzainah untuk bai’ah Rasulullah saw. Kerana butang gamis beliau terbuka aku memasukkan tanganku melalui leher gamisnya untuk menyentuh Cap Khatam Nubuwwahnya(agar mendapat barakah)”(Sunan Abu Daud, Sunan Ibn Majah)

Ulasan yang dipetik dari kitab khasail Nabawi:

“sewaktu mengunjungi Rasulullah saw., Qurrah terlihat butang gamis Baginda sedang terbuka. Urwah ra., salah seorang perawinya berkata: “Daku tidak pernah melihat Mu’awiyah (ibn Qurrah) serta anaknya mengancing butang leher baju mereka samada di musim sejuk ataupun musim panas.” Adalah naluri manusia meniru setiap amalan orang yang dicintai. Perasaan cinta mereka kepada Rasulullah saw. Telah member i kita gambaran setiap perlakuan dan amalan Baginda saw.”

Kisah Kedua.

Anas bin Malik ra. Berkata, “Sekali seorang tukang jahit mengundang Nabi saw. Aku juga turut bersama Baginda. Beliau dijamu roti dari barli dan kuah dengan daging dan labu. Aku lihat Baginda mengambil labu dalam qas’ah(pinggan besar) dan sejak itu aku juga gemar makan labu.”(Sunan Tirmidhi, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Nasai)

Ulasan yang dipetik dari kitab Khasail Nabawi:

“Sejak itu beliau gemar makan labu menunjukkan cinta Para Sahabat kepada Rasulullah saw. Cinta sejati menuntut setiap amalan dan perkataan orang yang dicintai itu bersemi di dalam hati. Darjat cinta menentukan kasih saying terhadap yang dicintai. Alangkah Maha Agungnya Allah swt! Hari ini orang yang mengaku mencintai Rasulullah saw. Tidak pula ingin diri mereka menyerupai Baginda mahu pun bercita-cita meniru cara hidup beliau.”

Perhatikan perbezaan hala, ianya dari arah mana menuju ke mana

Rujukan :

1. Terjemahan Khasail Nabawi Syarah Shamail Muhammadiyah – kumpulan Hadis oleh al Hafiz Imam Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sawra At-Tirmidhi(Imam Tirmidhi), disyarahkan oleh Kutbul Aktab Shaikul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi.


sekiranya dimasa akan datang saya terjumpa lagi kisah-kisah yang menunjukkan cinta sahabat kepada Baginda Nabi saw. insyaAllah saya akan postkan.

kepada mereka yang suka mempertikai sunnah tanya diri masing-masing apa yang kamu nak tanya...hehehe...